Gempar !!! Tolak moratorium auto dan pengeluaran KWSP, MP Pas terus digasak di FB

Gempar !!! Tolak moratorium auto dan pengeluaran KWSP, MP Pas terus digasak di FB

Ahli parlimen Pas yang juga merupakan Timbalan Ketua Pemuda Pas, YB Ahmad Fadhli Shaari semalam ketika berbahas mengambil pendirian untuk tidak bersetuju dengan dua syarat yang dikemukan oleh Datuk Seri Najib dan majoriti dari pembangkang.

Saranan untuk melanjutkan moratorium secara automatik hingga bulan Jun dan pengeluaran RM10 ribu dari akaun 1 KWSP ternyata dibantah oleh ahli parlimen Pas ini.

Setelah mendapat kecaman pelbagai pihak, beliau cuba menjustifikasi pandangannya itu melalui saluran Facebook beliau, namun sekali lagi rakyat terus melontarkan komen-komen membantah pandangan beliau itu.

Berikut antara komen-komen pelbagai pihak terhadap pendirian beliau yang menolak dua cadangan tersebut :

Mohamad Azha menulis “Agak kecewa dengan YB Ahmad Fadhli bin Shaari dalam isu ini…Bila kita bersama2 membentuk kerajaan…pendapat semua pihak yang baik untuk rakyat perlu diambilkira…Saya sebagai pengundi setia PAS dari dulu agak kecewa dengan sikap wakil PAS yang seakan tunduk saja pada keputusan yg dibuat pihak yang didominasi hanya sebilangan pihak yang bersama membentuk kerajaan…sedangkan tempias daripada segala tindakan kerajaan pasti akan dirasai sama rata oleh semua pihak…Jangan kerana sudah dapat jawatan…hilang suara untuk rakyat bawahan…”

Mohd Shahrizal Osman pula menulis ” Tkyh sasar la… Smua terkesan. Lain la klau smua gaji mcm yb… Ckp guna otakla… Elok2 org dh nk sokong pas kang lain jd nye… Lebih baik diam jela yb….”

Artikel berkaitan : Panas !!! Pemuda Pas pertahan ahli parlimennya, tak setuju moratorium automatik

Madsah Rizal turut menulis komen ” Saya ada cabaran juga y.b, rumah saya yang disewa oleh insan, ni tak dapat bekerja, sebab berkaitan sektor pelancongan, mcm mana saya nak bantu beliau, Dapat harga sewa rumah, bayar separuh, sedangkan saya perlu bayar Penuh dibank,, sewa bulanan pun saya perlu tampung lagi untuk buat bayaran bulanan, sebab tu bila Dato Najib, buat cadangan tu, ada sebab. Bukan semua T20 yg senang”

Mea Pmas memberikan komen ” Cepat U turn awo kena palu ko rakyat. Sejak dapat jawatan kerajaan Pusat mentaliti Pas dah bertukar kerana kuasa mengaburi jiwa..apakah Islam dan imej hanya retorik utk kaburi mata rakyat. Bila rakyat berdepan kesusahan terjelma jiwa sebenar mereka terhadap rakyat.. RUU 355 tidak lagi di dendang sejak dapat jawatan Menteri. Bertutur lah mengikut pengetahuan ilmu, diam lebih baik.”

Kamarulzain Zain turut menulis komen “Maaf yb…sy respect yb cm bab ni mmg sy sokong ape yg najib ckp tu…yg memohon pengeluaran kwsp 10 k tu rakyat…yg memohon tu bkn menteri bkn vvip bkn kroni tp rakyat yb….mmg skrg ni masa memerlukan…ramai yg terkesan covid.ni yb…kene ingat yb ph di benci pn di sukai dulu sbb kesnye bantu rakyat…600k bersasar yg dicadangkan kerajaan x kan i lestari 4.5j lbh hanye 600k m40 dan b40 yb..yg selebihnye t20…tlg yb kami terkesan sngt skrg ni…”

Mohamed Nasir menulis “Yb jgn ego sgt lah..ini masalah rakyat yg susah yg kena buang kerja..mereka mengharap sgt2 duit ni untuk urus kehidupan keluarga..keikhlasan yb membantu yg penting..jgn ego”

Othman Mohd “YB Ahmad Fadhli bin Shaari, sy M40 amat terkesan. Walaupun WFHome semua elaun sy juga di tolak. Berbekalkan gaji basic shj utk byran keseluruhan commitment. Jika ianya berterusan begini, kita lihat lebih ramai yg akan bankrupt sbb tidak mampu byr ansuran rmh, loan & sebagainya.”

Sumber :