Gempar !!! Sumber dedah kes RM25 juta duit bukti SPRM hilang baru sedikit, ada lagi rupanya

SPRM

Salah seorang pegawai SPRM, yang ditahan susulan kes kehilangan RM25 juta wang bahan bukti, disifatkan sebagai “bermasalah” tetapi rapat dengan orang ternama.

Perkara ini disifatkan oleh sumber-sumber, termasuk bekas pegawai kanan, yang mengetahui berkaitan selok-belok dalam suruhanjaya itu.

“Pegawai ini memang diketahui bermasalah,” kata satu sumber kepada Malaysiakini.

“Kami ada nickname untuk dia – penyamun anak emas.”

SPRM sebelum ini menahan tiga pegawainya selepas bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Hasanah Abdul Hamid membuat laporan bahawa sejumlah besar wang tunai yang dirampas dalam siasatan terhadapnya pada 2018 hilang.

Sumber dedah kes RM25 juta duit bukti SPRM hilang baru sedikit, ada lagi rupanya

Hasanah Abdul Hamid

Malaysiakini difahamkan bahawa tiga anggota SPRM yang menjadi suspek berkhidmat dalam unit siastan khas yang mengendalikan kes Hasanah.

Sumber-sumber mendakwa salah seorang daripada suspek juga disiasat dalam kes lain, tetapi enggan mendedahkan butiran lanjut.

Mereka mendakwa, pegawai itu “tidak boleh disentuh” susulan hubungannya dengan orang ternama.

“Ini semua baru sikit,” kata satu sumber, sambil menambah siasatan polis akan membongkar lebih banyak perkara.

Berita Penuh : https://www.malaysiakini.com/news/592919

BACA JUGA : Panas !!! Harta milik pegawai kanan SPRM berjumlah RM1.6 juta disita

COMMENTS

Wordpress (0)