Gempar !!! Sidang parlimen yang paling menakutkan bagi Muhyiddin

Gempar !!! Sidang parlimen yang paling menakutkan bagi Muhyiddin

Esok akan berlangsung sidang parlimen yang akan membahaskan Bajet untuk tahun depan yakni pada 6 November. Persidangan Bajet kali dini dianggap luar biasa dan satu pembentangan yang mendebarkan pihak kerajaan. Kita yakin PMCN tidak senang duduk menanti pembentangan Bajet 2021 itu walaupun ada rayuan daripada Yang diPertuan Agong agar Bejat itu disokong, ia tetap menggelisahkan beliau.

Hari ini Muhyiddin mengadakan perjumpaan dengan ketua-ketua parti yang menyokong keraajaannya dan juga ketua-ketua whip parti. Tentu dalam perjumpaan ini sudah diambil sebarang ketetapan atau pun ikrar demi untuk melihat Bajet diluluskan seperti mana diharapkan.

Walaupun pembangkang telah menunjukkan sikap terbuka mereka dan menjunjung tinggi rayuan Yang diPertuan Agong, tetapi sokongan itu tidak semudah diharapkan. Mereka tetap juga akan membahas dan meneliti setiap butiran dalam Bajet itu kelak. Kalau ianya tempang, songsang atau pun tidak menggambarkan keadilan, mereka tidak teragak-agak untuk menolaknya. Apa lagi kerajaan yang ada kini kerajaan hasil pencurian.

Kemungkinan-kemungkinan itulah menjadikan Muhyiddin senak perut menghadapi sidang parlimen kali ini. Begitu juga dengan pihak Umno, walaupun sebahagian besar bersetuju dan akur dengan arahan dan keputusan parti, tetapi tidak dapat dipastikan apakah semua akan bercakap mengikut telunjuk parti. Apakah kata kalau seorang dua buat-buat sakit perut tidak dapat hadir semasa hari mengundi Bajet itu, tak jadi haru dibuatnya.

Umno tidak begitu selesa dan senang dengan Muhyiddin apabila menolak kemahuan mereka supaya Zahid Hamidi dilantik sebagai timbalan perdana menteri. Keengganan Muhyiddin itu mungkin akan dibayar?

Kemungkinan dan senario itulah maka Muhyiddin katanya hanya melambai tangan sahaja kepada wartawan selepas menghadiri perjumpaan hari ini, tanpa sedia berhadapan dengan wartawan yang mungkin akan mengulurkan soalan cepu emas buatnya. Suden… Suden. Trims.

Sumber :