Gempar !!! Seorang petugas Parlimen disahkan meninggal dunia kerana Covid-19

Seorang petugas di bangunan Parlimen meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19 di Hospital Kuala Lumpur semalam.

Pengarah Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Param Jeeth Singh berkata, lelaki berusia 54 tahun itu bagaimanapun tidak diketahui sama ada menghidap sebarang penyakit kronik sebelum ini.

Mangsa telah lengkap menerima vaksin Covid-19 pada 11 Julai lalu.

Seorang petugas Parlimen disahkan meninggal dunia kerana Covid-19

Seorang petugas di bangunan Parlimen meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19 di Hospital Kuala Lumpur semalam.- Gambar hiasan.

Bagaimanapun katanya, pada 3 November lepas, lelaki itu mula mengalami gejala seperti demam serta batuk dan beliau telah melakukan ujian saringan Covid-19 RT-PCR pada 8 November dengan nilai CT:17.4.

“Bilik Gerakan Covid-19 Pejabat Kesihatan Lembah Pantai telah menghubungi beliau pada hari yang sama untuk siasatan dan mendapati status Covid-19 kes adalah Kategori 2a.

“Kes telah diarahkan untuk ke Covid-19 Assessment Centre (CAC) bagi penilaian klinikal dan seterusnya rawatan susulan jika berkaitan,” katanya menerusi kenyataan hari ini

Menurut Param lagi, pada 9 November, lelaki terbabit telah hadir ke CAC di Dewan Komuniti Bukit Bandaraya, Bangsar dan memaklumkan bahawa beliau mengalami sesak nafas.

Ujarnya, penilaian klinikal menunjukkan status Covid-19 lelaki itu adalah kategori empat dan dia dengan segera telah dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur untuk dimasukkan ke wad bagi rawatan lanjut.

Jelasnya, berdasarkan siasatan pergerakan lelaki itu mendapati pergerakan dia sebelum ini hanya meliputi tempat kerja dan rumah sahaja serta tidak terlibat dengan perjumpaan bersama ahli perwakilan Parlimen dalam tempoh dua minggu sebelum didapati bergejala.

Tambahnya, lelaki itu juga tidak hadir bekerja sejak mula mengalami gejala dan hari terakhir hadir ke pejabat adalah pada 3 November lepas.

“Seramai empat orang kontak rapat iaitu dua orang kontak di rumah dan dua orang kontak di tempat kerja telah dikenalpasti dan kesemuanya telah menjalani kuarantin sebaik sahaja dikenalpasti.

“Siasatan juga masih dijalankan bagi mengenalpasti punca kes mendapat jangkitan,” katanya.

BACA JUGA : Ada dakwaan terlibat dalam pengubahan wang haram, pejabat Vinod Sekhar diserbu, lapor portal
Gempar !!! Asteroid gergasi rempuh orbit Bumi hari ini

CATEGORIES