Gempar !!! Salahudin cadang undi percaya di Dun Johor esok

ADUN Simpang Jeram Datuk Seri Salahuddin Ayub mencabar Umno mengemukakan usul undi percaya kepada kepimpinan Menteri Besar Johor bagi membuktikan adakah kerajaan negeri ini benar-benar dapat bertahan dan bermaruah untuk terus mentadbir negeri Johor.

Beliau berkata, usul percaya ini akan dapat membuktikan keabsahan dokongan dan sokongan wakil-wakil Bersatu masih kekal menyokong kerajaan Perikatan Nasional Johor.

“Besar kemungkinan sesuatu yang penting akan berlaku esok semasa hari terakhir sesi penggulungan belanjawan negeri yang mungkin akan memanaskan lagi suhu politik kerajaan PN di negeri Johor,” katanya.

Esok merupakan hari terakhir Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor untuk meluluskan belanjawan negeri bagi tahun 2021.

Susulan daripada beberapa perkembangan menarik berkaitan politik tanah air khususnya di Parlimen dan terkini di DUN Perak, Salahuddin merasakan isu keabsahan sesebuah kerajaan itu telah mula menjadi perhatian rakyat di negara ini.

“Adalah penting untuk rakyat melihat adakah kerajaan yang ada pada hari ini, sama ada di peringkat persekutuan ataupun negeri, memiliki keabsahan itu,” kata beliau.

Semalam ADUN Paloh Sheikh Omar Ali membayangkan Kedudukan Kerajaan Negeri Johor akan lebih stabil jika mengikut formula negeri Perak.

Jika menggunakan formula Perak, Umno Johor yang memiliki 14 kerusi DUN bergabung dengan Pakatan Harapan (PH) yang mempunyai 27 kerusi maka akan membentuk jumlah 41 kerusi di mana jumlah ini adalah jauh lebih besar berbanding sekarang

Berita penuh : https://malaysiadateline.com/umno-dicabar-kemuka-usul-undi-percaya-kepada-mb-johor/

COMMENTS

Wordpress (0)