Gempar !!! Portal lapor 2 MP gagal lepasi tapisan SPRM untuk dilantik Menteri

Portal lapor 2 MP gagal lepasi tapisan SPRM untuk dilantik Menteri. PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka melantik Naib Presiden PAS, Senator Idris Ahmad sebagai “menteri agama”.

Menurut sumber dari Putrajaya, Idris bakal menggantikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

“Ustaz Idris telah dinamakan sebagai menteri agama yang akan menjaga hal ehwal agama Islam.

Portal lapor 2 MP gagal lepasi tapisan SPRM untuk dilantik Menteri

“Sebelum ini, jawatan ini disandang bekas mufti Wilayah Persekutuan Dr Zul.

“Ustaz Idris pada masa ini adalah Senator Dewan Negara,” katanya kepada Malaysiapost.

Era pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri, Zulkifli menjadi mufti pertama yang dilantik sebagai menteri.

Zulkifli sebelum itu memegang jawatan sebagai Mufti Wilayah Persekutuan sebelum diangkat sebagai Senator.

Dalam pada itu sumber berkata, bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Zuraida Kamaruddin bakal bertukar portfolio sebagai Menteri Wilayah Persekutuan.

Manakala bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa bakal berpindah ke Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

“Zuraida bakal menjadi Menteri Wilayah Persekutuan dan Annuar bakal mengemudi Kementerian Komunikasi dan Multimedia,” katanya lagi.

Bagaimanapun Annuar ketika dihubungi memaklumkan yang beliau tidak mengetahui mengenai perkara itu.

Tambah sumber lagi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dijangka kekal memegang portfolionya sebelum ini sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Dua calon menteri gagal tapisan SPRM

Sementara itu, sumber memaklumkan dua nama Ahli Parlimen yang ingin diangkat sebagai anggota Kabinet gagal melepasi tapisan Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Bagaimanapun sumber tidak mendedahkan nama dua Ahli Parlimen berkenaan yang dikatakan gagal melepasi tapisan SPRM.

“Dua nama yang dicadangkan untuk menganggotai Kabinet gagal melepasi tapisan SPRM.

“Dua Ahli Parlimen ini dipercayai mempunyai kes yang terkait dengan siasatan SPRM,” katanya lagi.

Malaysiapost difahamkan salah seorang daripada mereka ialah pemimpin Bersatu.

Berita Penuh : https://malaysiapost.com.my/2021/08/27/idris-ahmad-menteri-agama-zuraida-dan-annuar-bertukar-portfolio/

BACA JUGA : Dilantik Menteri Agama, Idris janji lakukan yang terbaik

COMMENTS

Wordpress (0)