Gempar !!! PN sedang berusaha bentuk jajaran baharu bersama Warisan, Pejuang?

PN

PN sedang berusaha bentuk jajaran baharu bersama Warisan, Pejuang.Kedudukan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri dijangka kekal susulan wujud dakwaan akan berlaku penjajaran politik baharu antara Perikatan Nasional (PN) dan beberapa parti politik lain dalam masa terdekat.

Antara parti yang disebut-sebut menyertai jajaran baharu itu adalah Parti Warisan Sabah (Warisan) dan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).

Dakwaan itu dikukuhkan lagi dengan perjumpaan antara Muhyiddin dan pemimpin parti komponen PN pada Rabu yang seakan-akan memberi gambaran bahawa kerajaan yang dipimpin Ahli Parlimen Pagoh itu masih utuh.

Ketua Kluster Governans dan Integriti Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Dr Ahmad Marthada Mohamed berkata, pembentukan jajaran politik baharu itu bukan sesuatu yang mustahil berlaku ketika ini.

“Kalau lihat sekarang, ramai yang bercakap bahawa Perdana Menteri (Muhyiddin) sudah hilang majoriti.

PN

“Tetapi tindak-tanduk beliau (Muhyiddin) dengan dikukuhkan lagi pertemuan dengan parti-parti komponen PN semalam (Rabu), beliau (Muhyiddin) seakan-akan memberi gambaran Perdana Menteri (Muhyiddin) ada sokongan majoriti.

“Kalau kita lihat, penjajaran politik baharu (PN) dengan parti lain (Warisan dan Pejuang) tidak mustahil berlaku,” katanya kepada Sinar Harian.

Ditanya apa tindakan boleh dilakukan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi menyelesaikan kemelut politik, Ahmad Marthada berkata, perkara itu dapat diselesaikan melalui undi percaya di Dewan Rakyat.

Jelasnya, itu satu-satunya kaedah terbaik untuk menentukan keabsahan Perdana Menteri sama ada masih mendapat sokongan majoriti atau sebaliknya.

“Oleh sebab proses dalam perlembagaan jelas iaitu jika perdana menteri tahu bahawa beliau telah kehilangan sokongan. Bagaimana hendak tahu (hilang sokongan) (jadi perdana menteri) mestilah buat melalui Parlimen.

“Oleh kerana Perdana Menteri telah memberitahu usul undi percaya ke atasnya akan dibuat pada sidang Dewan Rakyat September ini, saya tidak rasa Yang di-Pertuan Agong akan memanggil semua ahli Parlimen menghadap Seri Paduka.

“Melainkan jika sidang Parlimen ditangguhkan lagi, jadi Dewan Rakyat adalah cara terbaik untuk tentukan keabsahan Perdana Menteri,” katanya.

Berita Penuh : https://premium.sinarharian.com.my/article/152932/fokus/semasa/pn-bentuk-penjajaran-politik-baharu-dengan-warisan-pejuang

BACA: Kerajaan Selangor agih 60 ribu kit ujian Covid-19 secara percuma

COMMENTS

Wordpress (0)