Gempar !!! Pemimpin Umno dedah 40 BN, 3 PKR sokong Muhyiddin

Pemimpin Umno dedah 40 BN, 3 PKR sokong Muhyiddin.

Seramai 40 anggota parlimen BN menandatangani akuan menyokong Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri, dakwa Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Zahidi Zainul Abidin.

Sementara dua lagi, termasuk anggota parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah, masih dalam proses rundingan, menurut Zahidi.

Pemimpin

Dalam senarai itu juga, dakwanya, terdapat tiga anggota parlimen PKR.

“Bukan kita berkurang, (tapi) bertambah,” katanya dalam sidang media hari ini.

Dalam sidang parlimen khas baru-baru ini, Razaleigh memohon untuk berpindah tempat duduk ke blog bukan penyokong kerajaan atas alasan tidak menyokong “kerajaan gagal”.

Timbalan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob pada 29 Julai berkata kerajaan masih mendapat sokongan lebih 110 daripada 222 anggota parlimen.

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim, dalam perarakan 107 anggota parlimen semalam, bagaimanapun mendakwa Muhyiddin hilang majoriti di parlimen.

“Dan saya dapat maklumat dari parti-parti lain ada mengemukakan senarai yang minta keluar dari PN.

“Maka dengan 107 yang ada di sini, campur mereka, kerajaan sudah ditumbangkan,” katanya.

Berita Penuh : https://www.malaysiakini.com/news/585680

BACA JUGA : 200 pesakit sedang jalani ujian klinikal Ivermectin

Artikel ini disiarkan pada 03/08/2021

COMMENTS

Wordpress (0)