Gempar !!! Menteri Kewangan sahkan Najib minta rumah RM100 juta dari kerajaan

Menteri Kewangan, Senator Tengku Zafrul Aziz hari ini mengesahkan kabinet menerima permohonan daripada Najib Razak untuk mendapatkan hartanah bernilai RM100 juta di Kuala Lumpur.

Memetik laporan The Malaysia Insight, Tengku Zafrul menyatakan permohonan tersebut dibuat selepas Belanjawan 2022.

“Permohonan dibuat selepas Belanjawan 2022,” kata menteri kewangan kepada Dewan Rakyat semasa sesi penggulungan kementeriannya mengenai Rang Undang-undang Perbekalan 2022 hari ini.

Menteri Kewangan sahkan Najib minta rumah RM100 juta dari kerajaan

Menteri Kewangan, Senator Tengku Zafrul Aziz

Tengku Zafrul bagaimanapun tidak mengesahkan sama ada permohonan itu diluluskan atau tidak.

“Permohonan dibuat selepas bajet dibentangkan. Ia akan dibawa sebagai bajet tambahan,” katanya ketika disoal berkali-kali oleh bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad (Langkawi-Pejuang).

Sebuah portal baru-baru ini melaporkan Najib yang disabitkan bersalah meminta “keistimewaan” daripada kerajaan dalam bentuk harta kediaman seluas 2.8 ekar bernilai RM100 juta di Kuala Lumpur.

Najib dikatakan membuat permintaan itu kira-kira setahun selepas beliau hilang kuasa pada pilihan raya 2018 dan sekali lagi pada tahun lepas.

Menurut laporan itu Najib dikatakan membuat permintaan itu berdasarkan amalan bahawa kerajaan hari ini dijangka memberi ganjaran kepada pendahulunya atas jasa dan sumbangan mereka.

Portal berita itu berkata permohonan itu diluluskan walaupun beberapa menteri tidak berpuas hati dengan perkara berkenaan.

Najib dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta selepas didapati bersalah atas tujuh pertuduhan pecah amanah jenayah, pengubahan wang haram dan salah guna kuasa membabitkan RM42 juta dana daripada bekas unit 1MDB, SRC International.

Dr Mahathir meminta Tengku Zafrul menjelaskan mengapa Rang Undang-Undang Perbekalan 2022 tidak menyatakan atau mempunyai sebarang maklumat mengenai hartanah RM100 juta yang akan diberikan kepada Najib.

Tetapi Tengku Zafrul berkata persoalan ini harus dikemukakan kepada Pejabat Perdana Menteri kerana ia bertanggungjawab ke atas pencen dan elaun.

Dr Mahathir bertanya mengapa Tengku Zafrul tidak boleh menjelaskan jika ia sudah diluluskan oleh Kabinet.

BACA JUGA : Panas !!! 595 ahli BERSATU umum keluar parti, sertai UMNO
Anak muda perlu bangkit cetus gelombang perubahan – Anwar

COMMENTS

Wordpress (1)
  • comment-avatar

    […] BACA JUGA : Gempar !!! Menteri Kewangan sahkan Najib minta rumah RM100 juta dari kerajaan […]