Gempar !!! MB Perak dedah aktiviti mencuri ahli Umno oleh Bersatu

Gempar !!! MB Perak dedah aktiviti mencuri ahli Umno oleh Bersatu

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad mendakwa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menggunakan tipu muslihat untuk menarik ahli-ahli UMNO di Bahagian Larut untuk menyertai parti itu baru-baru ini.
Katanya, tindakan Bersatu di Bahagian Larut itu secara nyata menunjukkan parti itu mencuri ahli-ahli UMNO sebagaimana yang dikatakan Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki sebelum ini.

“Seperti mana yang disebut oleh Setiausaha Agung Bersatu (Datuk Seri Hamzah Zainuddin) iaitu dalam tempoh tiga bulan ini mereka nak mendaftar 8,000 cawangan.

“Itu bukanlah jadi halangan, kerana itu hak parti masing-masing. Cuma yang dipertikaikan ialah, siapakah mereka yang nak jadi ahli Bersatu?

“Di beberapa tempat, memang berlaku (curi ahli UMNO). Ia berlaku di Larut, tempat Setiausaha Agung Bersatu.

“Saya tak pertikai berapa cawangan dia nak buat. Cuma, yang diadu oleh ahli-ahli UMNO Larut ialah, mereka ditawarkan jadi ahli Bersatu.

“Sebahagiannya tak tahu pun bahawa mereka jadi ahli Bersatu, sebab, mereka dijemput untuk hadir majlis lain. Selepas isi borang, atas tipu muslihat, mereka didaftarkan sebagai ahli Bersatu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Lenggong di Dewan Maktab Rendah Sains Mara Gerik, di sini, pada Ahad.

Tegas Saarani lagi, tidak mustahil perkara yang sama berlaku di tempat lain.

Katanya lagi, Bersatu seharusnya bersikap lebih ‘gentleman’ dan tidak menggunakan taktik sedemikian demi kepentingan diri sendiri.

“Ia tidak adil untuk ahli UMNO yang terpedaya. Kami tidak boleh mengambil tindakan (bagi pihak) mereka yang terpedaya kerana tidak rela untuk menjadi ahli Bersatu.

“Semalam saya ada di Larut dan ramai di antara mereka mengadu tidak tahu nama mereka ada di situ.

“Saya nak ingatkan kepada Bersatu, be gentleman lah. Kalau betul dia rasa hebat, tak perlulah curi ahli UMNO. Ramai lagi orang Melayu,” katanya.

Sabtu lalu, Pemuda UMNO mendesak Bersatu menghentikan segera sebarang usaha bersaing ahli di antara satu sama lain jika mahu meneruskan kerjasama dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Asyraf Wajdi berkata, sejak kebelakangan ini, terdapat banyak aduan dan keresahan dalam kalangan ahli dan pimpinan UMNO akar umbi seluruh negara yang mendakwa Bersatu galak ‘mencuri’ dan ‘membeli’ ahli UMNO.

Berita penuh : https://www.astroawani.com/berita-politik/ahli-umno-larut-diperdaya-sertai-bersatu-saarani-275902