Gempar !!! Lokman kena tahan ketika sedang live FB

Sebentar tadi ketika sedang menyuarakan pandangannya tentang isu politik semasa tanah air menerusi Facebook Live, Lokman Noor Adam penyokong kuat bekas Perdana Menteri Najib Razak didatangi oleh beberapa orang anggota polis.

Lokman Adam ditangkap ketika sedang live di Facebook

SILA SCROLL KE BAWAH UNTUK MENONTON VIDEO

Tidak lama kemudian beliau memuat naik status di halaman Facebooknya meminta peguam dihantar ke JSJT Bukit Aman, dan berhubung dengan pegawai penyiasat bernama Insp. Nasir.

Menurutnya beliau ditahan di bawah Seksyen 506.

Seksyen 506 adalah berkait dengan kesalahan menakutkan secara jenayah. Di bawah kesalahan ini, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Namun jika kesalahan ugutan yang dilakukan lebih serius, sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga tujuh tahun di bawah undang-undang ini.

Berdasarkan rakaman video, sesi Facebook live Lokman terganggu secara tiba-tiba dan beliau bertanya kepada seseorang dipercayai anggota polis yang hadir di situ.

“Ada apa tuan? Kenapa tuan?” Soalnya kepada anggota polis tersebut.

Lokman turut mengalihkan kamera ke arah anggota berkenaan.

“Rakyat Malaysia pun nak tengok juga ada pihak polis hari ini datang, saya tak tahulah apa benda yang dia nak,” katanya.

Lokman kemudian bertanya kepada anggota polis itu jika ada membawa bersama waran tangkap terhadapnya.

“Malam ini saya didatangi oleh beberapa orang anggota polis saya tak tahu apa benda yang mereka mahukan, jadi saya rasa malam ni cukuplah kalau tidak dia orang tunggu lama sangat, dia orang dah tunggu lama dah,” katanya.

“Okay tuan silakan,” katanya sambil sekali lagi mengarahkan kamera ke arah anggota polis berkenaan sebelum menamatkan siaran Facebook live itu.

Sumber — https://www.milosuam.net/2020/11/lokman-adam-ditahan-polis-ketika-sedang.html#ixzz6cbGFGuXH

COMMENTS

Wordpress (0)