Gempar !!! Kerajaan negeri Terengganu kena saman RM44 juta

Kerajaan negeri Terengganu kena saman RM44 juta.Suatu writ saman telah difailkan oleh syarikat RUAS BINA SDN. BHD. ke atas KERAJAAN NEGERI TERENGGANU di atas kegagalan kerajaan negeri untuk meneruskan dengan projek-projek yang dicadangkan di TAMAN ILMU, BESUT, TERENGGANU melalui dua surat niat yang bertarikh 18 Ogos 2019.

2. Syarikat RUAS BINA SDN. BHD. Adalah merupakan syarikat yang menerima hak daripada dua buah syarikat Korea bernama YEONHEE ENGINEERING PROFF CO. Dan VITZROSYS CO. Yang merupakan kontraktor – kontraktor yang telah menjalankan kerja-kerja di TAMAN ILMU, BESUT TERENGGANU.

3. Syarikat-syarikat daripada Korea ini adalah di antara 17 kontraktor yang tersenarai di dalam suatu perintah persetujuan di mahkamah tinggi kuala terengganu bertarikh 1-12-2016.

4. Di dalam perintah tersebut, KERAJAAN NEGERI TERENGGANU telah bersetuju untuk mengeluarkan surat-surat niat kepada 17 kontraktor yang disenaraikan.

5. Syarikat RUAS BINA SDN. BHD. adalah sebuah syarikat tempatan yang dipilih oleh syaikat-syarikat korea tersebut bagi mematuhi syarat yang diberikan oleh KERAJAAN NEGERI TERENGGANU (syarikat yang berdaftar di bawah CIDB Malaysia).

6. Walaupun telah menunggu lebih daripada dua tahun, sehingga saman terpaksa difailkan, tiada sebarang tindakan untuk mengadakan perundingan dan perbincangan dibuat oleh pihak KERAJAAN NEGERI TERENGGANU atau wakilnya sebagaimana yang terkandung di dalam surat niat yang dikeluarkan.

7. Writ saman telah difailkan supaya KERAJAAN NEGERI TERENGGANU selaku defendan, meneruskan dengan pelaksanaan projek-projek yang dicadangkan tersebut ataupun membayar suatu jumlah gantirugi sekiranya kerajaan negeri tidak lagi berminat untuk melaksanakannya.

RAJA KAMARUL BAHRIN SHAH
19 September 2021

No photo description available.

No photo description available.

No photo description available.

No photo description available.

No photo description available.

Kerajaan

Kerajaan

Kerajaan

Kerajaan

Sumber:

BACA: Najib dilapor akan terus bertanding dalam PRU15

COMMENTS

Wordpress (0)