Gempar !!! Ini punca mengapa Ku Li hantar nama lain sebagai calon PM

punca

Ini punca mengapa Ku Li hantar nama lain sebagai calon PM. Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah pernah ditawarkan jawatan Perdana Menteri mewakili UMNO sebanyak dua kali dalam tempoh terdekat ini sebelum keputusan itu beralih kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Biro politik UMNO telah datang bertemu Ku Li menawarkan beliau sebagai calon Perdana Menteri, dua bulan yang lalu namun tidak sangka ada calon lain pada saat akhir,” kata satu sumber yang rapat dengan Tengku Razaleigh kepada Sinar Harian.

Ujar sumber tersebut, Tengku Razaleigh yang lebih mesra dengan panggilan Ku Li telah dipujuk oleh Biro Politik UMNO untuk menjadi calon Perdana Menteri sebanyak dua kali kerana mereka mendapati tidak ada pimpinan daripada UMNO ketika itu yang boleh diketengahkan.

“Yang datang menemui Ku Li ialah Ahmad Zahid sendiri, timbalannya (Datuk Seri Mohamad Hasan), Ketua Pemuda UMNO (Datuk Asyraf Wajdi Dusuki) dan Setiausaha Agung BN (Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir) serta Datuk Seri Najib Tun Razak.

punca

“Kami dimaklumkan juga bahawa lebih 40 ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) sudah tandatangan persetujuan untuk memberi kuasa kepada presiden (Ahmad Zahid) dan telah memutuskan hanya satu calon daripada parti iaitu Ku Li sahaja,” kata sumber itu lagi.

Bagaimanapun pada Selasa lalu, MKT UMNO telah bermesyuarat dan memutuskan untuk memberi mandat kepada 42 ahli Parlimen BN memuktamadkan calon dan akhirnya nama Ismail Sabri yang diangkat untuk menjadi calon rasmi UMNO.

“Sebelum ini Ku Li diberitahu bahawa parti melalui MKT sudah memuktamadkan kuasa menamakan calon Perdana Menteri diserahkan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Ku Li adalah calonnya.

“Beliau (Ku Li) tidak marah atau menganggap itu satu pembelotan atau pengkhianatan namun apa yang berlaku amat tidak baik untuk masa depan parti itu nanti,” ujarnya.

Berita Penuh : https://premium.sinarharian.com.my/article/153060/fokus/semasa/mereka-datang-dan-tawarkan-jawatan-pm-kepada-ku-li

BACA: Episod serang menyerang antara Umno dan Bersatu akan terus berlaku

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)