Gempar !!! Hanya 19 MP BN sokong Muhyiddin tunjuk muka

Sembilan belas MP Barisan Nasional yang menyokong kerajaan Perikatan Nasional tampil di hadapan media hari ini, pada satu sidang media yang diadakan di Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Sidang media itu diketuai Timbalan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, yang diapit Presiden MCA, Wee Ka Siong, dan Timbalan Presiden MIC, M Saravanan.

Ismail mendakwa selain beliau dan 18 Ahli Parlimen berkenaan, ada 12 lagi wakil rakyat BN yang masih menyokong kerajaan PN namun tidak dapat menyertai sidang media hari ini.

MP

Beliau bertegas tidak akan meletak jawatannya dalam kerajaan. Ismail juga mendakwa begitu juga Khairy Jamaluddin, Adham Baba, Hishamuddin Hussein, dan Annuar Musa.

Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/08/06/31-ahli-parlimen-kekal-sokong-kerajaan-pn-kata-ismail/

 

BACA JUGA : Gempar !!! Harga katak politik mencecah RM32 juta?

Artikel ini disiarkan pada 06/08/2021

COMMENTS

Wordpress (0)