Gempar !!! Hamid dedah rahsia Jabatan Integriti PDRM cuba lindung salah laku polis

Gempar !!! Hamid dedah rahsia Jabatan Integriti PDRM cuba lindung salah laku polis

Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador telah menyelar jawatankuasa disiplin jabatan itu, yang didakwa menyelindung perbuatan salah laku.

Hamid berkata beberapa bekas pegawai Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) telah membiarkan mereka yang “menolong” penyiasat untuk dilepaskan tanpa didakwa atau ditukarkan jawatan.

Jabatan itu ditubuhkan untuk menangani masalah salah laku, termasuk tuduhan rasuah dalam pasukan tersebut.

“Siasatan sering kali menemui jalan buntu, dan ketika itu terjadi, tidak ada tindakan diambil terhadap rakan-rakan mereka (yang sedang disiasat),” katanya kepada The Straits Times.

Hamid berkata sejak beliau menjadi ketua polis tertinggi negara ini, polis telah mengenal pasti dan memindahkan kurang daripada 10 pegawai.

“Ada yang digantung, sementara ada yang diberi kesempatan untuk membela diri dan sekarang sedang disiasat,” katanya yang dipetik dari akhbar Singapura itu.

Pendedahan Hamid itu sehari selepas ketua polis Johor Ayob Khan Mydin Pitchay berkata beliau tidak akan menyerahkan nama pegawai dan anggota polis yang bersekongkol dengan “Geng Nicky” kepada Bukit Aman.

Pada hari Selasa, dilaporkan pengarah JIPS Zamri Yahya sedang menunggu senarai nama yang melibatkan pegawai dan anggota polis yang didakwa bekerja dengan kumpulan itu, diketuai ahli perniagaan Nicky Liow yang kini dalam buruan.

Zamri berkata Bukit Aman memerlukan senarai tersebut daripada polis Johor sebelum dapat mengambil tindakan lebih lanjut terhadap anggota yang tidak bertanggungjawab.

Pada Januari, Hamid mendakwa ada “kartel polis kotor” dalam pasukan polis Malaysia.

Beliau berkata kartel tersebut, yang didakwa cuba menjatuhkannya, terdiri daripada pegawai polis peringkat pertengahan.

Hamid berkata, kartel itu akan memastikan bahawa pensubahat mereka dinaikkan pangkat agar dapat menguasai pasukan dan hierarki polis pada masa akan datang, seterusnya memudahkan mereka melakukan “kerja kotor”.

Berita Penuh :https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/04/15/kpn-selar-jabatan-integriti-sendiri-cuba-lindungi-salah-laku-polis/