Gempar !!! MB Perak gagal dapat sokongan undi percaya

Adun Chenderingan yang juga Timbalan Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu gagal mendapat sokongan majoriti daripada wakil-wakil rakyat negeri itu dalam undian percaya hari ini.

Sebanyak 48 undi menolak usul percaya itu berbanding 10 yang menyokongnya. satu undi rosak atau berkecuali.

Usul tersebut dibawa Adun Pengkalan Baru dari Umno, Abd Manaf Hashim. Asalnya usul tersebut disenarai untuk dibahaskan selepas pembentangan Belanjawan 2021 Perak.

Bagaimanapun dua usul tergempar yang dibawa Salbiah Mohamed (BN-Temenggor) dan Howard Lee (PH-Pasir Pinji) kepada DUN diterima Speaker Mohamad Zahir Abdul Khalid.

Adun Tebing Tinggi, Abdul Aziz Bari (PH) kemudian memohon agar pengundian dijalankan secara belah bahagi. Ia diterima Mohamad Zahir selepas lebih 10 Adun berdiri untuk menyokongnya.

Dalam ucapan yang disampaikan sejurus selepas keputusan dibacakan, Ahmad Faizal berkata, dia menerima ketetapan yang dibuat Adun Perak.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/553753

COMMENTS

Wordpress (0)