Gempar !!! Caprice dedah terima 60 ugutan bunuh, kini dikawal ketat

Caprice

Caprice dedah terima 60 ugutan bunuh, kini dikawal ketat.Penyanyi rap kontroversi, Caprice mendedahkan telah menerima lebih 60 kes ugutan bunuh daripada individu yang tidak dikenalinya.

Menerusi InstaStory di Instagram miliknya, Caprice atau nama sebenar, Ariz Ramli memberitahu, disebabkan ugutan-ugutan tersebut, dia kini diletakkan di bawah kawalan keselamatan yang cukup ketat.

“Dalam masa dua bulan ini, saya terima lebih 60 ugutan bunuh sebenar, nak jumpa depan pagar, nak turun pejabat, ajak jumpa, ugut jangan sampai Pulau Pinang dan bermacam-macam lagi.

“Saya diletakkan di bawah kawalan keselamatan, selama 24 jam, tujuh hari seminggu sejak sampai Kuala Lumpur,” tulisnya.

Caprice
Foto Instagram Caprice.
Sementara itu, Caprice juga memberi amaran akan mengambil tindakan undang-undang untuk menamatkan segala ugutan diterimanya.

“Perkara ini tidak menyeronokkan, apatah lagi melucukan. Kita boleh selesaikannya mengikut undang-undang atau dengan pertarungan amal di gelanggang melibatkan pasukan awak dan saya. Ikut undang-undang atau dalam gelanggang.

“Jangan tinggalkan ancaman dan ingat saya akan berdiam diri. Saya bukan lelaki itu,” tulisnya lagi.

Pada masa sama, Caprice yang membalas hantaran mesej salah seorang pengikutnya di IG berkata yang dia belum berkesempatan untuk melaporkan semua ugutan diterimanya kepada pihak berkuasa kerana masih menjalani tempoh kuarantin setelah pulang dari luar negara.

“Tak dapat singgah Bukit Aman lagi. insyaAllah selepas kuarantin, saya nak fokus kepada perniagaan, keluarga, misi dahulu dan selepas itu dapat kerjasama dengan pihak PDRM untuk selesaikan isu-isu yang lain ini,” tambahnya.

Berita Penuh : https://malaysiagazette.com/2021/09/14/terima-60-ugutan-bunuh-caprice-dikawal-ketat/

BACA: Naik taraf padang bola Stadium Bukit Jalil, Peja dakwa TMJ salah tafsir kos ‘RM10 juta’

COMMENTS