Gempar !!! Blogger Umno dakwa Muhyiddin hantar surat letak jawatan pagi ini

Pelantikan

Blogger Umno dakwa Muhyiddin hantar surat letak jawatan pagi ini.Blogger dan aktivis Umno, Zaharin Mohd Yasin mendakwa, Tan Sri Mahiaddin Md Yasin di jangka meletakkan jawatan pagi ini.

“Mahiaddin Yasin di jangka hantar surat perletakan jawatan pagi ini.. Berkuat kuasa hari ini,” tulis beliau menerusi Facebooknya.

Penyataan ini tidak dapat disahkan sejauh mana ia benar atau hanya andaian beliau semata-mata.

Lewat petang semalam Mahiaddin bertemu dengan pemimpin Perikatan Nasional di Putrajaya namun sehingga kini tidak ada sebarang kenyataan mengenainya.

Para pemimpin yang terlibat juga menguncikan mulut masing-masing dari bercakap mengenainya.

Blogger

Sebelum ini, Malaysia Dateline difahamkan, Mahiaddin bercadang mempercepatkan sidang Parlimen sehingga minggu depan berbanding September nanti.

Ia didakwa berdasarkan keputusan yang dicapai selepas pertemuan beliau dengan Yang Dipertuan Agong.

Ini berikutan tindakan Umno menghantar surat kepada Yang Dipertuan Agong bahawa 14 ahli parlimen mereka menarik diri dari menyokong kerajaan PN.

Susulan itu, semua parti pembangkang termasuk Pakatan Harapan, Warisan, Pejuang, Muda dan bebas juga berbuat perkara yang sama.

Berita Penuh : https://malaysiadateline.com/blogger-dakwa-mahiaddin-akan-letak-jawatan-hari-ini/

BACA: Panas !!! Keabsahan MB Johor jadi tumpuan dalam sidang DUN hari ini

COMMENTS

Wordpress (0)