Gempar !!! Asteroid gergasi rempuh orbit Bumi hari ini

Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) memberi amaran bahawa sebuah asteroid gergasi memiliki saiz 131 meter sedang meluncur laju ke arah laluan orbit Bumi dan semakin menghampirinya, lapor akhbar Mirror UK semalam.

Pakar astronomi menjangkakakan sekiranya asteroid yang hampir sama dengan saiz Menara Blackpool dan dua kali ganda lebih besar daripada menara Big Ben itu melanggar Bumi, kesannya adalah setara dengan tenaga 77 megaton TNT.

Perjalanan asteroid itu akan dipetakan oleh pendaftaran semua serpihan angkasa NASA.

Asteroid gergasi rempuh orbit Bumi hari ini

Batu angkasa WR12 1994 itu dijangka melepasi Bumi pada jarak 3.8 juta batu hari ini. – Getty Images

Ditemui oleh ahli astronomi Amerika Carolyn S. Shoemaker di Balai Cerap Palomar pada 28 November 1994, batu angkasa yang besar itu telah ditetapkan sebagai WR12 1994.

Buat masa ini, WR12 1994 dijangka melintasi Bumi pada jarak 3.8 juta batu esok, namun pakar-pakar mengatakan bahawa kemasukan asteroid ke atmosfera Bumi tidak dapat dielakkan.

Pengarah Teknologi Angkasa Lepas dan Industri , Profesor Alan Duffy mengingatkan orang ramai untuk tidak bimbang apabila perkara itu berlaku.

“Saya menasihatkan orang ramai untuk tidak terlalu memikirkan perkara itu,” katanya.

Bagaimanapun, masih ada harapan buat Bumi sekiranya asteroid mendekati planet ini.

Ini kerana dunia sedang membangunkan teknologi baharu dikenali sebagai Ujian Pengalihan Asteroid Berganda atau DART ialah untuk menghalang pelanggaran asteroid.

Skim itu direka untuk ‘menumbuk’ asteroid ke luar laluannya supaya tidak melanggar Bumi.

BACA JUGA : Gempar !!! Majlis pengenalan kumpulan kongsi gelap diserbu polis
Masa ‘makan’ sahabat lah, masa lain tipu kiri kanan, tegur Veteran Pas kepada Umno

Artikel ini disiarkan pada 29/11/2021

COMMENTS

Wordpress (0)