Gempar !!! Anwar teliti desakan untuk letak jawatan

Anwar teliti desakan untuk letak jawatan.Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim sedia meneliti apa-apa pandangan supaya meletak jawatan sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) namun menegaskan desakan itu tidak harus dibuat secara angkuh.

“Itu pandanganlah (desakan letak jawatan). Kita teliti juga tetapi kita beri peringatan jangan nampak pandangan itu dilihat agak angkuh sehingga menimbulkan reaksi tidak baik dalam kalangan lain,” katanya.

Beberapa pihak termasuk ADUN Bilut daripada DAP, Lee Chin Chen, mendesak Anwar berundur daripada menerajui gabungan parti pembangkang itu susulan kekalahan teruk PH pada pilihan raya negeri (PRN) Melaka Sabtu lalu.

PH hanya menang lima daripada 28 kerusi ditandingi manakala semua 11 calon PKR turut tewas.

Anwar berkata, beliau bertanggungjawab atas kekalahan itu dan juga keputusan PH menerima dua bekas ADUN Umno bertanding pada PRN atas tiket PH.

“Saya kena pikul tanggungjawab,” katanya ketika ditanya mengenai desakan beliau meletakkan jawatan sebagai Pengerusi PH dan penerimaan dua bekas ADUN Umno itu sebagai punca kekalahan teruk PH di Melaka.

Selain Lee, desakan sama turut ditimbulkan beberapa ahli politik lain termasuk penganalisis Wong Chin Huat, yang mencadangkan PKR bergabung dengan Amanah.

Naib Presiden Warisan, Junz Wong, juga mendakwa rakyat sudah menyampah dengan PH yang didakwa berulang kali memungkiri dan mahu melihat kepimpinan baharu.

Bagaimanapun, Ketua PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak, berkata tidak adil meletakkan semua kesalahan di bahu Anwar semata-mata.

Dalam pada itu, Anwar berkata kekalahan PH perlu dilihat daripada semua aspek kerana setiap pihak ada pandangan sendiri dan kegelisahan yang disuarakan.

“Kena lihat semua aspek kerana ia tak semudah itu. Kita jumpa di kampung macam mana pandangan orang lain, jumpa di bandar, masyarakat Cina, India, Orang Asli dan Melayu majoriti ada beberapa kegelisahan dia perlu dengar,” katanya.

BACA: “Entah mana datang cerita PN minta jawatan di Melaka”, Wan Saiful jawab Tok Mat

COMMENTS

Wordpress (2)
  • comment-avatar
    frol pwecerit 2 days

    In this grand design of things you receive an A just for hard work. Exactly where you actually misplaced us was first in all the particulars. As people say, details make or break the argument.. And it couldn’t be much more accurate here. Having said that, permit me tell you what did give good results. The writing is definitely extremely persuasive and that is possibly the reason why I am taking an effort in order to comment. I do not really make it a regular habit of doing that. Next, despite the fact that I can see a jumps in reasoning you come up with, I am not certain of how you seem to unite your ideas that help to make the actual final result. For now I shall subscribe to your position however wish in the near future you actually connect your dots much better.

    http://www.frolpwecerit.com/

  • comment-avatar

    […] BACA JUGA : Gempar !!! Anwar teliti desakan untuk letak jawatan […]