Gempar !!! Annuar Musa sedia dipecat dari Umno

Tan Sri Annuar Musa menegaskan beliau sedia dipecat daripada UMNO jika kritikannya berkaitan isu penyatuan Melayu dan Islam tidak disenangi ahli serta pemimpin akar umbi parti berkenaan.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) itu menjelaskan, apa yang dimahukannya adalah supaya UMNO terus memimpin muafakat parti Melayu dan Islam serta menolak perpecahan ummah.

“Saya tetap pertahan keputusan MKT. ‘No DAP, No Anwar ‘ (Presiden PKR, Datuk Seri Anwar). Saya tetap mahukan UMNO memimpin muafakat parti Melayu dan Islam serta menolak perpecahan ummah.

“Kalau nak pecat kerana itu, silakan. Nak pertahan mereka yang mahu bawa parti sokong DAP dan Anwar, silakan,” katanya dalam kenyataan di Facebook beliau semalam.

Ahli Parlimen Ketereh yang juga Menteri Wilayah Persekutuan itu dipercayai merujuk laporan berita memetik Pemuda UMNO Bahagian Pasir Puteh yang mengusulkan supaya Annuar dipecat darpadai parti berkenaan.

Usul dicadangkan Ketua Pemuda UMNO bahagian terbabit, Muhammad Saifullah Ali ketika mesyuarat perwakilan pergerakan itu kelmarin, antara lain mendakwa Annuar kononnya menjadi tali barut dan jurucakap Parti PeribumiBersatu Malaysia (BERSATU).

Annuar berkata, usul berkaitan rakyat serta kedudukan Melayu dan Islam kurang diketengahkan dalam mesyuarat UMNO bahagian kali ini.

“Saya mula aktif dalam UMNO 40 tahun lalu. Setiap tahun hadiri mesyuarat perwakilan bahagian. Lazimnya UMNO kuat berbincang soal Melayu dan Islam, usul hal rakyat, tapi tahun ini itu semua tidak kedengaran.

“Yang kita dengar ialah seruan penolakan dan perpecahan sesama Melayu dan serang menyerang sesama sendiri. DAP sudah boleh senyum,” katanya.

Beliau juga berkata, di Kelantan, satu demi satu bahagian dan parlimen yang dulunya kubu UMNO bertukar menjadi kubu parti lawan.

“Semoga peringkat nasional tidak begitu,” katanya.

Berita penuh : https://www.bharian.com.my/berita/politik/2021/01/771933/annuar-sedia-dipecat-daripada-umno

COMMENTS

Wordpress (0)