Gempar !!! Ahli politik bergelar ‘Datuk’ bakal didakwa rasuah RM16 juta

Seorang lelaki berpangkat “Datuk” di Pulau Pinang dijangka didakwa atas pertuduhan rasuah membabitkan RM16 juta daripada seorang pemaju bergelar “Tan Sri” esok.

Sumber berkata, Datuk itu dipercayai menerima sogokan berkenaan daripada pemaju terbabit untuk melantik syarikatnya membangunkan tanah milik sebuah koperasi.

Sumber berkata, Datuk itu juga menghadapi 160 tuduhan pengubahan wang susulan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Ogos lalu.

Dia dijangka didakwa secara berasingan di Kuala Lumpur minggu depan berkaitan kes pengubahan wang itu.

Bahagian Komunikasi Strategik SPRM dalam surat jemputan kepada media memaklumkan agensi antirasuah itu mendapat izin mendakwa seorang pengerusi Lembaga Pengarah sebuah koperasi hartanah di Mahkamah Sesyen Butterworth pada 8.30 pagi esok.

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/07/11/datuk-akan-didakwa-atas-rasuah-rm16-juta-daripada-pemaju/

BACA JUGA : Exco Selangor bengang, MITI terus tambah sektor dibenar operasi waktu PKPD