7 Ahli Parlimen buat laporan Polis terhadap Menteri Kesihatan

Tujuh Ahli Parlimen serta dua aktivis membuat laporan polis terhadap Menteri Kesihatan serta menteri berkaitan yang dakwa mereka cuai dan gagal sehingga menyebabkan kes COVID-19 dalam negara sukar dikawal.

Dalam satu sidang media yang dilakukan di Balai Polis Pantai pada Ahad, mereka menuntut pihak polis untuk menjalankan siasatan terhadap kuasa eksekutif ini atas kecuaian mengendalikan kes COVID-19.

Kesemua Ahli Parlimen itu termasuk Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh; Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil; Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii dan Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Mohd Azis Jamman.

Didakwa gagal tangani COVID-19, 7 Ahli Parlimen buat laporan polis terhadap menteri

Tujuh Ahli Parlimen serta dua aktivis membuat laporan polis terhadap Menteri Kesihatan serta menteri berkaitan yang dakwa mereka cuai dan gagal sehingga menyebabkan kes COVID-19 dalam negara sukar dikawal.

Tidak ketinggalan Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago; Ahli Parlimen Kota Belud, Isnaraissah Munirah Majilis dan Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah.

Sementara dua aktivis yang juga membuat laporan berkenaan ialah Datin Paduka Marina Mahathir serta Datuk Ambiga Sreenevasan.

“Laporan ini dibuat kepada kuasa eksekutif iaitu Menteri Kesihatan dan menteri berkaitan, bukan kepada petugas barisan hadapan.

“Kami harapkan PDRM akan siasat perkara ini,” kata Hannah dalam sidang media yang dibuat menerusi laman Facebooknya.

Dakwa mereka, antara isu kecuaian yang dilakukan adalah berhubung usaha untuk mengendalikan kes COVID-19 dalam negara merangkumi ujian saringan dan kenal pasti kontak rapat.

“Antara masalah timbul ialah jumlah saringan serta kenal pasti kontak rapat tidak sempurna menyebabkan penularan semakin besar dalam komuniti.

“Kita kesan kerana apa yang didakwa kerajaan negeri wujud kegagalan berkongsi data yang sukarkan kerajaan negeri dan Ahli Parlimen untuk kenal pasti kawasan panas untuk kurangkan wabak,” jelas Fahmi pula.

Turut diberi perhatian oleh mereka juga ialah isu jumlah vaksinasi di Sabah yang rendah serta tiada penyelarasan prosedur operasi standard (SOP) di peringkat negeri dan Persekutuan.

Bagi Marina pula, pemimpin juga gagal untuk mengikuti polisi kesihatan awam.

“Tahun lalu kita boleh bangga kerana berjaya tangani dengan baik tapi kini kita malu kerana kita tidak boleh tangani.

“Ini kerana pemimpin tidak ikut polisi kesihatan awam dengan betul dan tidak mendengar nasihat pakar kesihatan untuk tangani wabak,” tegas Marina.

Laporan dibuat berdasarkan Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Seksyen 304 (A) Kanun Keseksaan.

Berita Penuh : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/didakwa-gagal-tangani-covid19-7-ahli-parlimen-buat-laporan-polis-terhadap-menteri-310263

BACA JUGA : Panas !!! Kes Covid-19 : Malaysia kini ‘Top Ten’

COMMENTS

Wordpress (0)