Malam tadi veteran Umno sdr Kamal Amir Kaml Hijaz meluahkan kemarahan dan kekesalannya kepada ahli Palimen Umno yang tidak tahu mengenang jasa dan balas budi. Beliau merujuk kelada 28 orang ahli Parlimen yang bergerak tidak ikut kompas parti mereka Umno. Maksudnya mereka tidak sedia memathui arahan parti merujuk kepada surat arahan Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan yang meminta semua wakil rakyat Umno menulis surat kepada Yang diPertuan Agong memanggil sidang parlimen.
28 orang wakil rakyat berkenaan menolak arahan parti itu tanpa hujah konkrit. Bagi sdr Kamal Amir perbuatan mereka itu sebagai tidak mengenang budi. Beliau juga mengungkitkan akan perangai wakil rakyat berkenaan yang baik dengan ketua ketika mengharap sesuatu tetapi membuang ketua begitu sahaja bila apa diharapkan tercapai. Beliau sebut masa Najib jadi presiden mereka akan datang jumla Najib dan cium tangan, nasib baik tangan Najib tidak aus.
Kamal menyifatkan wakil rakyat berkenaan sebagai parasit, macam lintah bergantung di betis menghidap darah selepas kenyang jatuh terkulai melepas diri. Kerana marah dan kesal Kamal menganjurkan agar rakyat menolak mereka dalam pilihan raya akan datang. Dan beliau lebih ganas lagi akan berjumpa dengan presiden meminta agar presiden tidak lagi mencalonkan mereka dan diganti dengan muka muka lain. Beliau juga berjanji bila sampai masa akan didedahkan satu persatu wakil rakyat durjana itu.
Ada benarnya juga cadangan Kamal ini. Trims. –FB