Gempa bumi landa Sabah, orang ramai dinasihat waspada

Gempa bumi landa Sabah, orang ramai dinasihat waspada. Gempa bumi lemah dengan magnitud 3.7 pada skala Richter melanda Kundasang, Sabah pada 9.28 pagi ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa itu dikesan pada jarak 14km barat laut Ranau.

Gegaran akibat gempa yang berlaku pada kedalaman 10km itu turut dirasai di Ranau, katanya.

Sementara itu di Ranau, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, Ridwan Mohd Talib, berkata tiada bangunan yang rosak susulan kejadian gempa bumi itu.

“Setakat ini, bomba tiada menerima aduan susulan gempa bumi itu. Bagaimanapun BBP Ranau ada melakukan pemantauan di kawasan Pekan Ranau.

Gempa bumi landa Sabah, orang ramai dinasihat waspada

“Setakat ini keadaan terkawal dan hasil laporan pasukan bomba yang memantau, tiada kerosakan bangunan dilaporkan,” katanya ketika dihubungi.

TONTON :

BACA: 

Haris dodoikan Bilal sambil Neelofa pam susu jadi perhatian, sekali lain pula yang netizen perasan

Ayob Khan sahkan polis buat ‘live’ Tiktok ketika operasi adalah pegawai bawahnya

CATEGORIES