Gara-gara terlampau obses kejar gelaran ‘Datuk Seri’, kontraktor rugi RM571,000

Gara-gara terlampau obses kejar gelaran ‘Datuk Seri’, kontraktor rugi RM571,000.

Seorang kontraktor mendakwa kerugian RM571,000 selepas terpedaya dengan tawaran darjah kebesaran

Yang membawa gelaran Datuk Seri yang ditawarkan individu mendakwa pembesar istana.

Gara-gara terlampau obses kejar gelaran 'Datuk Seri', kontraktor rugi RM571,000

Ketua Polis Pahang, Datuk Yahaya Othman, berkata berdasarkan laporan, lelaki berusia 63 tahun itu menerima panggilan telefon daripada suspek menyamar Datuk Pengelola Bijaya Istana Pahang, pertengahan Februari lalu.

Katanya, suspek mendakwa mempunyai kuota untuk anugerah kebesaran negeri berkenaan yang membawa gelaran Datuk Seri.

“Suspek mendakwa mempunyai enam kuota anugerah kebesaran terbabit. Mangsa dimaklumkan hanya perlu buat sumbangan program istana tanpa apa-apa bayaran. Mangsa berminat dan turut mempelawa empat kenalannya untuk mendapatkan gelaran berkenaan.

“Bermula Februari lalu hingga bulan ini, suspek meminta mangsa memberi sumbangan untuk beberapa program yang kononnya dibuat pihak istana. Mangsa menyalurkan RM571,000 melalui 32 transaksi ke lima akaun bank berbeza.

“Sumber kewangan mangsa hasil kutipan dan wang simpanannya bersama rakan. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menasihatkan orang ramai yang menerima panggilan meragukan untuk segera membuat semakan dengan polis atau agensi kerajaan berkaitan bagi mengelak menjadi mangsa penipuan.

“Buat semakan nombor akaun dan nombor telefon yang diterima di pautanhttps://semakmule.rmp. gov.my terlebih dahulu sebelum membuat sebarang transaksi,” katanya.

BACA:

Ramai tak tahu, ini 5 taktik scammer yang guna nama agama demi kemewahan diri, no.5 tu ramai terkena!

Suara wanita ucap ‘Selamat datang kluster mahkamah’ curi perhatian Muhyiddin dan wartawan