Gara-gara terima wang hantaran RM150k, gadis 18 tahun dengan atok berusia 65 tahun

Gara-gara terima wang hantaran RM150k, gadis 18 tahun dengan atok berusia 65 tahun

Sebuah hantaran tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang lelaki tua mengahwini gadis berusia 18 tahun, lapor laman berita Suara.com.

Hantaran itu dimuat naik pada akaun Facebook @Happy-wedding Planner.

Gara-gara terima wang hantaran RM150k, gadis 18 tahun dengan atok berusia 65 tahun

Ia memaparkan gadis bernama Via, 18, berkahwin dengan suaminya, H Sondani yang berusia 65 tahun.

Menurut akaun tersebut, H Sondani merupakan seorang pemilik tanah di kampungnya. Lelaki itu telah memberikan mas kahwin 500 juta rupiah (RM149,978) untuk isterinya.

Bukan itu sahaja, H Sondani turut memberikan rumah, kereta dan pakej menunaikan umrah kepada isterinya.

“Berkahwin itu nasib, mencintai itu takdir. Kamu boleh merancang untuk menikahi sesiapa sahaja tetapi tidak dapat merancang untuk mencintai siapa. Yang masih bujang, bersabarlah, mudah-mudahan segera kahwin,’’ demikian kapsyen pada hantaran berkenaan.

Akaun itu turut memuat naik beberapa gambar perkahwinan pasangan jarak umur 46 tahun itu. Penampilan kedua-duanya dilihat menyerlah di hari perkahwinan mereka.

Hantaran itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Tidak mengira umur, yang penting banyak duit. Yang muda kalah dengan yang tua,’’ tulis seorang netizen.

“Percayalah kita sudah kalah kawan-kawan,’’ komen netizen lain.

BACA:

Warga emas jatuh dari tingkat 21 tapi tak mati cuma patah tangan je, rupanya ini identiti sebenar nenek ini