Gara-gara tak luluskan pengeluaran KWSP? Bangunan KWSP jalan gasing terbakar lagi selepas 6 tahun.
BANGUNAN Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Jalan Gasing, Petaling Jaya dilaporkan terbakar, pagi tadi.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor,
Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian pada pukul 10.39 pagi.
Beliau berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba Seskyen 7, Serdang, Penchala, Puchong, Damansara, Pantai Dalam dan Hang Tuah dikerahkan ke lokasi kejadian.
“Bomba tiba enam minit kemudian dan mendapati kebakaran berlaku di tingkat empat dan tingkat lima bangunan terbabit.
“Api berjaya dikawal pada pukul 11.08 pagi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kebakaran terbabit.
BACA: