Gara-gara tak beri anak main gadget, bapa terpaksa tunggu 47 tahun untuk ‘unlock’ iPad

Gara-gara tak beri anak main gadget, bapa terpaksa tunggu 47 tahun untuk ‘unlock’ iPad.

Gara-gara anak, bapa terpaksa tunggu 47 tahun untuk unlock iPad.

Anak-anak zaman milenia ini semuanya dihidangkan dengan gajet.

Gara-gara tak beri anak main gadget, bapa terpaksa tunggu 47 tahun untuk 'unlock' iPad

Seakan menjadi satu kemestian, ada di antara golongan ibu bapa yang memberikan gajet kepada anak mereka sebagai peneman dan alat pembelajaran.

Seorang bapa, Evan Osnos terpaksa menanti selama 47 tahun atau paling tepat lebih 25,536,442 minit gara-gara anak lelakinya terlalu banyak memasukkan kata laluan yang salah.

Gajet keluaran Apple akan meningkatkan amaun masa yang membolehkan pengguna melakukan cubaan memasukkan kata laluan betul setiap kali bilangan kata laluan salah dimasukkan.

Meletakkan gambar paparan muka depan iPad yang terkunci di laman Twitter dengan harapan pengikutnya dapat memberikan bantuan bagaimana mahu menyelesaikan masalah tersebut, Osnos menerima pelbagai reaksi.

Kesimpulannya, jangan beri anak anda bermain dengan iPad yang memerlukan kata laluan. Jika tidak mungkin anda akan menerima nasib yang sama.

Unlock iPad

Sekiranya anak anda tidak mahu berhenti bermain gajet, ada beberapa cara yang boleh anda cuba.

Ramai kanak-kanak didedahkan dengan gajet sehingga menjadikan mereka ketagihan. Biarpun sudah ada kajian gajet berbahaya kepada anak-anak, masih ada ibu bapa yang tidak mengendahkannya kerana berpendapat gajet membantu mereka dalam ‘mengawal’ tingkah anak-anak.

Di Surabaya, Indonesia, datuk bandar, Oded M. Danial telah memberikan idea agar anak-anak muda atau remaja di Surabaya menggantikan ketagihan gajet dengan menternak ayam.

Oded memberikan cadangan tersebut selepas melihat kecenderungan anak-anak hari ini Oded berjanji sekiranya anak ayam yang mereka miliki berjaya dibesarkan, maka beliau akan menghadiahkan mereka dengan tiga ekor anak ayam lagi.

BACA:

Dipancing dengan bagi kucing makan je! Wanita kongsi cerita nyaris alami nasib yang sama dengan Nurin Jazlin!

Wanita ini bangga ‘showoff’ duit kutu RM763,000 dalam live, sekali LHDN kirim salam