Gara-gara susah nak dapat sparepart, juruterbang pesawat ini diminta kurangkan guna brek pesawat

Gara-gara susah nak dapat sparepart, juruterbang pesawat ini diminta kurangkan guna brek pesawat. Juruterbang syarikat penerbangan Russia diminta kurang menggunakan brek ketika mengendalikan pesawat bagi mengelakkan risiko alat itu haus dan lusuh, susulan alat ganti semakin berkurangan akibat sekatan ekonomi barat.

Memo dalaman dari empat syarikat penerbangan Russia memberi arahan tersebut kerana bimbang banyak pesawat sedia ada hanya mampu bertahan lima tahun lagi sebelum kehabisan alat ganti.

Syarikat penerbangan Russia bermati-matian mencari pelan alternatif menguruskan pesawat yang kebanyakan dikeluarkan oleh Airbus dan Boeing yang berpangkalan di Toulouse dan Virginia, sebelum perjalanan komersial udara di Russia terhenti.

Baca Artikel Penuh