Gara-gara fitnah, kad media wartawan Harakah ditarik Jabatan Penerangan

Jabatan Penerangan hari ini didakwa menarik semula Kad Perakuan Media wartawan Harakah Daily

Dipercayai mempunyai kaitan dengan penyiaran artikel memaparkan foto Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan bendera Israel.

Mendedahkan perkara itu, Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, pihak Harakah Daily menerima surat penarikan kad media berkenaan dari Jabatan Penerangan, hari ini.

Gara-gara fitnah, kad media wartawan Harakah ditarik Jabatan Penerangan

“Janganlah ambil tindakan terhadap kami akhbar-akhbar yang di atas nama parti ini.

“Ya, saya akui teguran PM pagi tadi, berhubung Harakah (artikel dengan gambar Anwar berlatar belakangkan bendera Israel).

“Tetapi hari ini Harakah terima surat Jabatan Penerangan diambil balik kad media wartawan Harakah.

“Satu tindakan yang tidak pernah akhbar Harakah alami sejak disebut zaman maha zalim, tak pernah ambil tindakan,” katanya semasa perbahasan Belanjawan 2024 Peringkat Jawatan Kuasa bagi Kementerian Perpaduan Negara, di Dewan Rakyat petang ini.

Pada sesi persidangan Dewan Rakyat pagi tadi, Anwar dengan nada berang memberi amaran kepada Pas kerana mengaitkan beliau dengan Israel dalam sebuah laporan artikel disiarkan Harakah Daily.

Anwar berkata, dia bengang apabila gambarnya berlatar belakangkan bendera Israel disiarkan dalam portal terbabit sedangkan beliau dan kerajaan pimpinannya bergelut menyokong perjuangan dan membantu Palestin yang berterusan dibedil rejim Zionis sejak 7 Oktober lalu.

BACA: Akhirnya terjawab persoalan kenapa iklan jam selalu tunjuk waktu 10.10