Seorang pengguna media sosial, Helmi Juhari akhirnya membatalkan niatnya untuk meminang seorang wanita bagi dijadikan isteri keduanya selepas mendapat teguran daripada orang ramai.
Terdahulu, tular sebuah video yang dikongsikan lelaki tersebut memaparkan pengorbanan isterinya menemaninya
Mencari barangan keperluan untuk dijadikan sebagai hantaran meminang suaminya itu.
Dalam video tersebut, dia juga berjanji akan berlaku adil kepada kedua-dua orang isterinya kelak.
Susulan daripada video tersebut, pelbagai reaksi turut diberikan oleh orang ramai dan rata-ratanya menegur lelaki berkenaan
agar tidak melukakan hati seorang wanita yang setia dan sanggup berkorban kasih semata-mata buat suami tercinta.
“Nasihat saya satu ja, kalau dia sanggup buat apa sahaja untuk turuti kemahuan abang, dia satu dalam seribu, jagalah dia baik-baik, tolong fikir semula soal niat nak kahwin lagi,” ujar seorang pengguna.
Sehubungan itu, lelaki tersebut sekali lagi memuat naik video terbarunya memaklumkan dia tidak lagi meneruskan hasratnya untuk beristeri dua.
Gara-gara baca komen netizen, lelaki batal hasrat nak tambah isteri
“Aku fikir semalam, bini pertama sanggup hidup susah waktu mula-mula kami kahwin, datang bakal isteri baru, kahwin-kahwin dah hidup senang, adik ke macam itu?.
“Aku minta maaf, aku dah fikir masak-masak, aku tak jadi kahwin satu lagi, terima kasih sebab sedarkan aku,” luahnya.
Menjengah ke ruangan komen, ramai bersetuju dengan tindakan lelaki tersebut dan berharap tiada lagi niat seperti itu pada masa akan datang.
“Keputusan yang tepat abang, harga yang sedia ada selagi mana dia tahu sayang kita, taat pada kita, manfaat rezeki yang Allah dah beri,” kata Mustafa.
“Kau dah dapat bidadari paling sempurna yang sayang kau waktu kau tiada apa-apa, yang pasti cintanya bukan kerana harta,” tegur Kamarul Rosli.
BACA: Enam tahun kerja di kedai fotostat, rupanya lelaki ini lulusan PhD