Gara-gara ‘adik’ tersangkut palang, Atlet Perancis dapat ‘job’ RM1.1 juta dari laman lucah

Oleh ZULQARNAIN ISMAIL

Walaupun kecederaan alat sulitnya menjadi punca kekalahan atlet lompat bergalah Perancis di Sukan Olimpik Paris 2024,

Dia sebenarnya telah membuka peluang yang lebih ‘besar’ untuk meraih jutaan ringgit dengan mudah.

Nampaknya video tularnya di media sosial baru-baru ini telah menarik perhatian sebuah laman dewasa yang berminat mendapatkan servisnya untuk mempamerkan asetnya.

Syarikat hiburan dewasa, CamSoda, dilaporkan menawarkan $250,000 (kira-kira RM1.1 juta)

sebagai pertukaran untuk pertunjukan di hadapan kamera selama 60 minit.

Gara-gara 'adik' tersangkut palang, Atlet Perancis dapat 'job' RM1.1 juta dari laman lucah

Menurut US Weekly, Naib Presiden CamSoda, Daryn Parker, telah membuat tawaran tersebut kepada Ammirati, 21, untuk mempamerkan asetnya sebagai pertukaran dengan habuan yang besar.

“Walaupun anda tidak membawa pingat emas, anda masih boleh memperoleh ’emas’ daripada peminat anda melalui CamSoda – itu masih dianggap sebagai sesuatu, bukan?” tulis dalam surat tawaran tersebut.

Malahan, Naib Presiden laman dewasa itu meminta atlet terbabit untuk menayang aset kelakian kepada dunia dengan yakin dan mengadakan acara temasya sukan Olimpik versinya sendiri.

Setakat ini, Ammirati masih belum memberi respons terhadap tawaran tersebut, yang digelar sebagai rezeki terpijak oleh sebilangan netizen di media sosial.