Ganjaran RM58,000 jika setuju tangguh belajar jurusan perubatan di Universiti

Ganjaran

Ganjaran RM58,000 jika setuju tangguh belajar jurusan perubatan di Universiti .Para pelajar yang mahu melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di Universiti of Exeter, England ditawarkan dengan wang tunai sebanyak £10,000 pound (RM58,162) jika mereka menangguhkan kursus itu.

Menurut BBC, bukan sahaja wang tunai bahkan penginapan percuma juga ditawarkan kepada mereka jika bersetuju untuk menangguhkan pengajian selama setahun.

Ini adalah kerana bilangan pelajar yang memohon untuk belajar dalam bidang perubatan di universiti itu telah meningkat sebanyak 20 peratus pada tahun ini.

Para pegawai mahu mereka menangguhkan pengajian sehingga ke tahun depan bagi memberi ruang kemasukan jumlah pelajar yang dibenarkan mengikuti kursus perubatan tersebut.

Ganjaran

Melalui pemberian wang tunai itu dan jaminan akan mendapat tempat pengajian di universiti berkenaan pada tahun depan, insentif tersebut akan mempengaruhi mereka untuk membuat keputusan menangguhkan pengajian.

Timbalan Naib Canselor universiti tersebut, Profesor Mark Goodwin dilaporkan berkata, terdapat peningkatan yang signifikan bilangan pelajar yang meletakkan menara gading itu sebagai pilihan utama untuk mempelajari kursus perubatan.

Menurutnya, jumlah pelajar yang memasuki universiti itu ditetapkan oleh kerajaan bagi memastikan pihak pengurusan menara gading tersebut menyediakan pendidikan yang berkualiti kepada mereka.

Berita Penuh : https://www.astroawani.com/berita-dunia/dapat-lebih-rm58000-jika-tangguh-belajar-di-universiti-309870

jika Terlepas: Siasat setahun lepas, mengapa dekat parlimen bersidang baru nak dakwa?