Gambar tular CPR atas lantai di HKL, ini sebenarnya berlaku

Gambar tular CPR atas lantai di HKL, ini sebenarnya berlaku. Penggunaan katil di Hospital Kuala Lumpur (HKL) meningkat berikutan lonjakan kes Covid-19 yang menyebabkan ada pesakit dirawat di lantai, kata pengarah hospital berkenaan Dr Heric Corray

Sebilangan besar kes yang dibawa ke hospital itu, katanya, membabitkan pesakit Covid-19 tahap 4.

Katanya, kapasiti Unit Rawatan Rapi (ICU) juga “sangat tinggi”.

Bagaimanapun, Corray berkata penggunaan katil sentiasa dipantau dari semasa ke semasa, manakala kakitangan ICU dibantu oleh pegawai perubatan dari jabatan lain.

Kenyataan itu dibuat susulan gambar tular semalam yang menunjukkan pesakit dirawat di lantai, dengan seorang kakitangan kesihatan mengatakan keadaan di HKL “mengerikan”.

cpr

Mengulas mengenai kejadian seperti itu di wad kecemasan, Corray berkata terdapat seorang pesakit dibawa dalam keadaan tidak sedarkan diri, tidak bernafas, dan tidak mempunyai nadi.

“Pada masa itu semua katil sedang digunakan, dan pada masa yang sama didapati lantai mempunyai permukaan rata yang terbaik untuk CPR dilakukan segera,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Namun, katanya, pesakit itu tidak dapat diselamatkan dan bedah siasat sedang dilakukan bagi mengenal pasti punca kematian.

Sementara itu, Corray juga mengulas mengenai rawatan terhadap seorang pesakit lain yang dijalankan di atas lantai.

Dia berkata, pesakit berkenaan mengalami sawan dan berisiko terjatuh dari katil.

“Oleh kerana faktor keselamatan dan rawatan segera, pesakit dibaringkan (di lantai) untuk mengelakkan air liur masuk ke paru-paru yang akan menimbulkan risiko bagi pesakit,” katanya.

Corray berkata, HKL telah menangguhkan pembedahan elektif sejak Disember 2020 untuk menangani kes yang lebih mendesak.

Pesakit yang dirawat di hospital, juga akan dipindahkan ke Hospital Rehabilitasi Cheras apabila mereka tidak lagi berada dalam keadaan kritikal, katanya.

Berita Penuh : https://www.malaysiakini.com/news/581599

BACA JUGA : Apa beza SOP PKPD di Selangor, KL? Ini penjelasan Polis

CATEGORIES