Gambar Saga MC2 sedang dipasang di kilang bocor

Gambar Saga MC2 sedang dipasang di kilang bocor. Akhirnya kita dapat melihat kelibat Saga MC2 yang masih belum siap dipasang di dalam kilang Proton.

Foto tersebut mula tular dan tersebar di laman Instagram malaysia_cars_overseas, sejak semalam. Walaupun masih belum dipasang dengan sempurna, kita dapat melihat beberapa perubahan kecil yang dilakukan pada model ini.

Antaranya bentuk sayap Ethereal Bow pada jeriji yang mempunyai lekukan yang lebih lebar dan dalam dengan kemasan merah, logo baharu Proton, kit badan penuh, rekaan rim baharu kemasan dwitona dan lampu belakang yang kelihatan sedikit gelap (smoked).

Secara keseluruhan tiada perubahan besar dibuat untuk model Saga MC2 dan ia masih mengekalkan hampir keseluruhan rekaan model semasa.

Proton pada ketika ini sedang giat menguji Saga MC2 dan belum dapat dipastikan bilakah model yang ditambah baik itu akan diperkenalkan secara rasmi. Kami akan cuba mendapatkan ejen perisik Mat Bond untuk merisik info-info terbaharu, nantikan!

TONTON :

BACA:

Persatuan Rohingya dedah punca 700 tahanan lari dari Depot Imigresen

Puad Zakarshi akan dilantik speaker Dun Johor, mengadap Sultan Johor hari ini

CATEGORIES