Gambar resolusi tinggi batu Hajar Aswad akhirnya didedahkan

Gambar resolusi tinggi batu Hajar Aswad akhirnya didedahkan.Kerajaan Arab Saudi baru-baru ini memuat naik foto batu Hajar Aswad yang terletak di sudut Ka’bah dari jarak dekat dan beresolusi tinggi serta belum pernah dipaparkan secara umum sebelum ini.

The General Presidency for the Affairs of the Two Holy Mosques memaklumkan, foto batu suci itu diambil dengan teknik baharu yang menggunakan konsep ‘panorama fokus bersusun’.

Gambar resolusi tinggi batu Hajar Aswad akhirnya didedahkan

Memetik laporan Alarabiya, kira-kira tujuh jam diperlukan bagi membidik satu foto batu berkenaan dalam kadar resolusi paling tinggi. Dalam masa sama saiznya dikatakan berukuran sehingga 49,000 megapiksel dan memerlukan tempoh waktu selama 50 jam untuk mengembangkannya.

Gambar resolusi tinggi batu Hajar Aswad akhirnya didedahkan

Difahamkan ini adalah paparan foto Hajar Aswad paling terperinci yang dikongsikan pihak kerajaan Arab Saudi buat pertama kalinya. Hajar Aswad pada asalnya berwarna putih, namun kini kelihatan hitam kemerahan. Bentuknya agak lonjong dan saiz diameternya mencapai sehingga 30 sentimeter. Ia diletakkan di penjuru Ka’bah.

Berikut di bawah adalah foto-foto Hajar Aswad beresolusi tinggi seperti yang dilaporkan:-

BACA:Isu saham : Azam Baki dilapor bakal heret pemilik Twitter ‘Edisi Siasat’ ke muka pengadilan
Dr Mahathir dedah kisah pencuri Melayu Islam

 

CATEGORIES