Gambar lama Anwar jadi kecoh, "tak sangka dulu Shuk jadi polis bawa PM-10"

Gambar lama Anwar jadi kecoh, “tak sangka dulu Shuk jadi polis bawa PM-10”

Gambar lama Anwar jadi kecoh, “tak sangka dulu Shuk jadi polis bawa PM-10”. Teka teki mengenai siapakah yang bakal memimpin negara akhirnya terjawab apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim diumumkan sebagai Perdana Menteri ke-10.

Semalam juga, Pengerusi Pakatan Harapan itu telah selamat menjalani istiadat angkat sumpah di Istana Negara. Susulan perlantikan Anwar Ibrahim ini, media sosial turut riuh di mana Anwar Ibrahim menjadi kata kunci yang ‘trending’ di Twitter.

Rata-rata netizen memberikan ucapan tahniah kepada ketua pembangkang itu susulan perlantikannya ini selepas lebih dua puluh tahun menanti.


Antara yang menjadi perhatian netizen ialah perkongsian semula gambar lama Anwar Ibrahim semasa diiringi oleh pihak berkuasa untuk ke mahkamah.

Gambar lama Anwar jadi kecoh, "tak sangka dulu Shuk jadi polis bawa PM-10"

Di dalam foto yang tular itu, Anwar Ibrahim dilihat berada di dalam kereta dengan keadaan matanya yang lebam didakwa dipukul oleh Bekas Ketua Polis Negara pada tahun 1998.

Namun apa yang menjadi bualan netizen ialah wajah pemandu kenderaan pihak berkuasa itu yang dikatakan sama dengan pelawak, Shuk Sahar.

Malah ramai yang turut bersetuju dengan pendapat pemilik hantaran itu apabila wajah pemandu tersebut dilihat sama dengan pelawak itu.

Perkongsian itu kemudiannya tular dan meraih perhatian ramai yang tidak menyangka Shuk mempunyai ‘kerjaya’ lain sebelum bergelar pelawak.

Setakat ini, hantaran yang dimuat naik di Twitter itu telah menerima 9,000 retweets di mana rata-rata netizen terhibur melihat persamaan yang dimaksudkan itu.

Gambar lama Anwar jadi kecoh, "tak sangka dulu Shuk jadi polis bawa PM-10"

BACA:

Terkini: Bersama kerajaan PH atau tidak? Ini jawapan rasmi dari PAS

Kelibat Fikry Ibrahim depan istana buat peminat berdekah, “nak hantar SD..”

Baby Shima dituduh tak bertanggungjawab sebab tak mengundi

CATEGORIES