“Gambar aku mu tok sey ko?” Datuk Seri Vida berang pejabat kena pecah masuk

“Gambar aku mu tok sey ko?” Datuk Seri Vida berang pejabat kena pecah masuk

Kejadian kecurian semakin menjadi-jadi sekarang ini. Mungkin, pelaku hanya memikirkan untuk mendapatkan wang secara mudah tanpa memikirkan kesan dikemudian hari.

Begitu juga dengan apa yang berlaku kepada usahawan terkenal Dato’Seri Vida.

"Gambar aku mu tok sey ko?" Datuk Seri Vida berang pejabat kena pecah masuk

Kedai perniagaan dikhabarkan telah dipecah masuk

Baru-baru ini tular sebuah video yang dikongsi oleh usahawan terkenal Dato’ Seri Vida dimana bangunan perniagaannya yang terletak di Kota Bharu di pecah masuk.

Usahawan tersebut yang dalam keadaan tergesa-gesa untuk ke lokasi penggambaran terpaksa juga pergi ke bangunan kedai perniagaannya kerana dikhabarkan telah dipecah masuk.

Telah menjalankan perniagaan di bangunan itu sejak tahun 2009

Apa yang lagi menyedihkan adalah usahawan itu telah menjalankan perniagaan di bangunan tersebut sejak tahun 2009.

@datoserividaofficial Cari rezeki HALAL lah weiiii 😡 Nak duit cara senang je orang lain business ingat senang ke nak dapat duit 😩 #datosrivida #quputehbarulahputeh #masukberandafyp ♬ Suspense, horror, piano and music box – takaya

Sebelum ini semuanya baik-baik sahaja namun tidak diketahui bilakah premis tersebut telah dipecah masuk.

Dalam situasi itu, usahawan tersebut cuba untuk menahan marah dan bertenang. Menurutnya, ketika dia datang pada bulan lepas semuanya masih dalam keadaan yang baik-baik.

Televisyen dan kerusi miliknya dicuri

Apabila memasuki premis tersebut didapati televisyen dan kerusi di dalam biliknya telah dicuri.

Akibat terlalu tidak dapat menahan perasaan, usahawan tersebut menjerit “ni gambar aku mu tak ambik ko” sambil memegang gambar konvokesyen miliknya yang ditinggalkan ditepi dinding.

BACA: “Aku hairan tiap malam suami balik kerja lambat, sekali ada bau perempuan pada baju suami masa aku nak basuh baju dia, satu hari terbongkar semua kegiatan suami”