Gaji dipotong jika bekerja dari rumah? Ini penjelasan MEF

Gaji dipotong jika bekerja dari rumah? Ini penjelasan MEF.Pekerja memilih untuk bekerja dari rumah (BDR) wajar diberikan gaji lebih kecil, termasuk memotong elaun perjalanan, kata Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF).

Pengarah Eksekutifnya, Shamsuddin Bardan, mendakwa ada pekerja yang bersetuju dengan langkah berkenaan susulan bekerja dari rumah sudah menjimatkan kos pergi dan balik dari tempat kerja.

“Sebenarnya ada berbagai-bagai pendapat mengenai sama ada wajar BDR itu dibayar lebih kecil, tetapi banyak syarikat kata kalau ada pengurangan, ia tidak harus banyak iaitu antara 10 hingga 12%.

“Ini dilakukan sebab faktor tertentu di mana kalau kita lihat ada sesetengah syarikat memberikan elaun pergi dan balik bekerja.

“Maknanya, elaun perjalanan tidak harus diteruskan jika pekerja bekerja dari rumah. Ada pekerja memilih gaji kurang apabila dibanding dengan ulang alik tempat kerja dimana kos boleh dikurangkan, itu antara faktor diambil jika mereka boleh turunkan gaji pekerja dari rumah,” katanya menurut laporan Awani.

Bagaimanapun, beliau mengakui ada pihak melihat gaji pekerja BDR tidak wajar dikurangkan kerana mereka bekerja seperti biasa seperti yang berada di pejabat.

“Namun, pada akhirnya, perkara itu bergantung kepada pilihan pekerja itu sendiri sama ada untuk menerima potongan elaun tertentu dan bekerja dari rumah atau memutuskan untuk mengeluarkan kos perjalanan dan bekerja di tempat kerja,” katanya.

Mengikut tinjauan MEF, tidak ramai majikan yang mahu meneruskan amalan BDR atau secara hibrid.

“Ini bermakna, apabila kita memasuki fasa peralihan ke endemik ini, kebanyakan majikan memilih untuk beroperasi dari tempat kerja. Namun, jika pekerja bekerja dari rumah tidak bermakna mereka boleh menurunkan produktiviti mereka dan seharus sebaliknya,” katanya.

TONTON :

BACA:

Pos Laju umum tarikh akhir pos barang sebelum Hari Raya

Pakar Psikologi beri amaran, jangan sebut 10 bahasa dosa ini depan anak-anak!

Cara mohon bantuan Laptop percuma bagi tahun 2022 untuk B40