Gajah tertua di Malaysia, Lokimala mati pada usia 86 tahun

Gajah tertua di negara ini, Lokimala milik Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) Kuala Gandah, Lanchang yang berjasa sebagai denak, mati pada usia 86 tahun, semalam.

Haiwan betina itu dibawa masuk ke negara ini dari Assam, India pada 27 Jun 1974, mati kerana sakit tua.

Ketua PKGK Kuala Gandah, Che Ku Mohd Zamzuri Chik Wan Ab Rahman berkata, sepanjang berada di negara ini,

Gajah tertua di Malaysia, Lokimala mati pada usia 86 tahun

Lokimala membantu Unit Kebajikan Gajah dan Unit Pengurusan Gajah sebelum menyertai pasukan PKGK sebagai gajah denak yang terbabit dalam operasi memindahkan gajah liar yang ditangkap di Semenanjung.

Katanya, terkenal dengan sifat mudah dikawal, jinak dan rajin, Lokimala terbabit dalam operasi memindahkan sebanyak 150 ekor gajah liar di beberapa negeri sebelum ini.

Baca Artikel Penuh