Gajah lintas jalan, kelam kabut penduduk Felda Perasu dibuatnya

Gajah lintas jalan. Kehadiran seekor gajah liar sedang melintas jalan menggemparkan penduduk Felda Perasu di sini yang melalui kawasan itu petang tadi.

Dalam kejadian pukul 4 petang itu, sekumpulan penduduk kampung yang melalui jalan berkenaan terkejut, namun sempat merakam kelibat haiwan tersebut yang kemudiannya masuk ke kawasan hutan berhampiran.

Seorang penduduk, Mohd. Zain Hassan, 72, berkata, Felda Perasu tidak ubah seperti zoo negara apabila banyak haiwan liar berkeliaran kerana kedudukan kampung terletak berhampiran kawasan bergunung- ganang dan hutan.

“Kami kerap berjumpa dengan haiwan liar seperti gajah, beruang, harimau dan babi apabila sering berkeliaran sejak bertahun lalu.

“Penduduk kampung kini takut untuk ke ladang dan kebun mereka. Jadi, kita minta pihak berwajib untuk ambil tindakan dengan segera,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Berita penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/06/21/gajah-lintas-jalan-gemparkan-penduduk-felda-perasu/

CATEGORIES