Gagal patuhi kuarantin, lelaki dipenjara 5 tahun

Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara lima tahun kerana melanggar peraturan kuarantin Covid-19 yang ketat di Vietnam dan menyebarkan virus kepada orang lain.

Le Van Tri, 28 tahun, didapati bersalah oleh Mahkamah Rakyat wilayah Ca Mau kerana “menyebarkan penyakit berjangkit berbahaya”, lapor Vietnam News Agency (VNA).

Vietnam adalah salah sebuah negara yang berjaya menangani wabak Covid-19 melalui saringan besar-besaran bersasar, pengesanan kontak yang agresif, sekatan di sempadan dan kuarantin ketat. Namun, kluster-kluster baharu jangkitan sejak lewat April telah mencemarkan rekod baiknya.

Gagal patuhi kuarantin, lelaki dipenjara 5 tahun

Seorang penunggang motosikal melewati poster yang menyeru orang ramai untuk mengambil langkah keselamatan terhadap Covid-19 di Hanoi tahun lepas. 

“Tung kembali ke Ca Mau dari Bandar Ho Chi Minh … dan melanggar peraturan kuarantin 21 hari,” kata agensi berita itu.

Akibatnya, lapan orang dijangkiti dan salah seorangnya meninggal dunia setelah sebulan dirawat.

Ca Mau, wilayah paling selatan Vietnam hanya melaporkan 191 kes dan dua kematian sejak wabak mula melanda, jauh lebih rendah daripada hampir 260,000 kes dan 10,685 kematian di Bandar Ho Chi Minh.

Vietnam sedang memerangi wabak Covid-19 yang semakin buruk dengan lebih 536,000 orang dijangkiti dan 13,385 terkorban, sebahagian besarnya dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

Dua individu lain telah dijatuhi hukuman penjara tertangguh masing-masing selama 18 bulan dan dua tahun atas tuduhan yang sama.

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/dunia/2021/09/07/lelaki-sebar-virus-di-vietnam-dipenjara-5-tahun/

BACA JUGA : Panas !!! Pengarah Imigresen dedah kenapa Malaysia jadi pilihan pelacur warga asing