Gagal hadir, mahkamah keluarkan waran tangkap terhadap editor Sarawak Report

Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, hari ini mengeluarkan waran tangkap terhadap editor Sarawak Report kerana gagal menghadirkan diri untuk dituduh berkaitan kes fitnah terhadap Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah.

Perintah itu dikeluarkan Majistret Nordiana Abd Aziz selepas pihak pendakwaan memohon satu waran tangkap dikeluarkan terhadap tertuduh, Clare Rewcastle-Brown, 62.

Clare berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah melalui buku The Sarawak Report – The Inside Story of the 1MDB Expose.

Gagal hadir, mahkamah keluarkan waran tangkap terhadap editor Sarawak Report

Nordiana kemudian menetapkan 23 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Engku Ahmad Rashdi Engku Abdillah, Noor Haslinda Che Seman dan Nadia Zulkefli.

Terdahulu, Sultanah Nur Zahirah memfailkan saman fitnah terhadap Clare berhubung fitnah dalam buku ‘The Sarawak Report-The Inside Story of the 1MDB Expose’ dan menuntut ganti rugi am sebanyak RM100 juta.

Sultanah Nur Zahirah yang memfailkan saman pada 21 November 2018, mendakwa kenyataan berbaur fitnah itu antara lain bermaksud baginda terbabit dalam amalan rasuah serta mencampuri urusan pentadbiran kerajaan negeri Terengganu selain menggunakan status baginda untuk mempengaruhi penubuhan Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) yang kemudian dikenali sebagai 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Sultanah Nur Zahirah turut mendakwa kenyataan itu membawa maksud baginda telah membantu ahli perniagaan dalam buruan Jho Low atau Low Taek Jho menjadi penasihat TIA.

Berita Penuh : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/09/758314/mahkamah-keluarkan-waran-tangkap-terhadap-editor-sarawak-report

BACA JUGA : Panas !!! Siti Mariah dedah punca sebenar masjid masih tak dapat dibuka sepenuhnya di Selangor

COMMENTS

Wordpress (0)