Gagal capai sasaran pengunjung, apa dah jadi dengan Genting SkyWorlds?

Gagal capai sasaran pengunjung, apa dah jadi dengan Genting SkyWorlds?

Gagal capai sasaran pengunjung, apa dah jadi dengan Genting SkyWorlds? Taman tema Genting SkyWorlds menerima antara 3,000 hingga 4,000 pengunjung setiap hari sejak 1 April lalu, hanya kira-kira separuh daripada jangkaan penganalisis.

Penganalisis Maybank Investment Bank, Yin Shao Yang, berkata Genting SkyWorlds menerima purata 2,600 pengunjung setiap hari dari 8 Februari hingga 31 Mac lalu.

“Kami difahamkan bahawa tempoh menunggu lama bagi sesetengah permainan yang disebabkan oleh isu teknikal adalah punca utama (tidak mencapai jangkaan jumlah pengunjung). Bagaimanapun, kami yakin bahawa isu teknikal ini akan diselesaikan.

“Kami turut difahamkan bahawa Genting Malaysia telah mengambil beberapa pekerja taman tema berpengalaman untuk mengendalikan Genting SkyWorlds dengan lebih baik,” katanya dalam satu nota penyelidikan.

Shao Yang bagaimanapun berkata, Resorts World Genting (RWG) kembali rancak pasca sekatan COVID-19, meskipun kekurangan pekerja yang membelenggu Malaysia turut memberi kesan kepadanya untuk pulih dengan pantas ke tahap sebelum pandemik.

Gagal capai sasaran pengunjung, apa dah jadi dengan Genting SkyWorlds?

“Paling penting, trafik telah kembali selepas gelombang Omicron pada suku pertama 2022, yang kami difahamkan akan meletakkan suku kedua 2022 dalam kedudukan lebih baik dari segi perolehan.

“Kami juga teruja bahawa Indonesia telah bersetuju untuk menarik balik sekatan daripada menghantar rakyatnya ke Malaysia untuk bekerja bermula 1 Ogos lalu yang diharapkan dapat meringankan masalah kekurangan pekerja,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata Genting Malaysia dijangka mengumumkan semula dividen interim dalam laporan kewangan suku kedua 2022 akhir bulan ini, dengan tinjauan perolehan yang semakin meningkat.

“Diingatkan bahawa selepas tidak mengumumkan dividen interim tradisi pada Ogos 2021, Genting Malaysia menyuntik AS$150 juta ke dalam Empire Resorts pada Oktober 2021.

“Buat masa sekarang, kami mengekalkan anggaran dividen sembilan sen bagi tahun kewangan 2022 yang merangkumi hanya dividen khas dan tidak mengandungi sebarang dividen interim,” katanya.

Selain RWG, Genting Malaysia turut memiliki dan mengendalikan Genting United Kingdom (GENUK), Resorts World New York (RWNY) serta Resorts World Bimini (RWB).

RWG menyumbang kira-kira 80 peratus perolehan kumpulan dan sedang dikembangkan menerusi Pelan Pelancongan Bersepadu Genting (GITP).

GITP membabitkan 1,536 bilik hotel, taman tema luar bangunan, taman tema dalam bangunan, pusat beli belah, plaza dan laluan kereta kabel baharu.

BACA:

Video ranjang mirip Noh Hujan dengan wanita ‘tak sunat’ pula tersebar?

Padah main dengan suami orang, mahkamah arah wanita bayar RM2.4 Juta

JPA tampil ‘backup’ bosnya, jawab dakwaan keluar kata kesat kepada pegawai imegresen

CATEGORIES