Gagal bayar model, Alicia Amin buat protes di KL Fashion Week angkat 'playcard'

Gagal bayar model, Alicia Amin buat protes di KL Fashion Week angkat ‘playcard’

Gagal bayar model, Alicia Amin buat protes di KL Fashion Week angkat ‘playcard’. Sebuah video tular di media sosial yang menunjukkan Alicia Amin membawa sebuah kadbod dengan kata-kata protes diatasnya.

Video yang berlegar di media sosial Twitter dan Instagram peribadi Alicia Amin sendiri memaparkan dakwaan bahawa pihak Kuala Lumpur Fashion Week didakwa gagal menjelaskan bayaran model.

“Semua model tahun ini akan dibayar hari ini.

“Mereka yang masih menunggu bayaran dari Andrew dari tahun-tahun sebelum ini, datang bercakap dengan saya,” kata Alicia.

Difahamkan bahawa Andrew yang dimaksudkan oleh Alicia adalah Andrew Tan, pengasas kepada KLFW yang kini sedang berlangsung di pusat beli belah Pavilion KL.

Gagal bayar model, Alicia Amin buat protes di KL Fashion Week angkat 'playcard'

Video yang berdurasi beberapa saat itu kemudiannya tular di media sosial. Kelihatan juga beberapa gambar di mana Alicia sedang berbincang sesuatu dengan Andrew dan kemudiannya beliau dihalau oleh pengawal keselamatan.

Menerusi satu ciapan yang dibuat oleh pengguna Twitter, difahamkan bahawa KLFW memang mempunyai ‘perangai’ susah untuk membayar model.

“KLFW adalah jenaka saya untuk pengetahuan anda. Bayangkan anda hadir ke sesi casting dan ikuti persembahan dan tahu-tahu, anda perlu MELAWAN hanya untuk menerima bayaran & mereka akan memberi alasan bahawa mereka sediakan “exposure” LMOA itulah sebabnya mereka merekrut model baharu setiap tahun, jangan jadi tertipu,” kata salah satu ciapan di Twitter.

Selain itu, seorang pengguna Twitter menyatakan bahawa Alicia sudah perjuangkan hak model ini sejak beberapa hari sebelum acara ini bermula.

Difahamkan bahawa bukan sahaja model, tetapi jurugambar dan krew acara KLFW turut menerima nasib yang sama apabila bayaran mereka tidak dijelaskan.

BACA:

Kecoh 25 pelajar sekolah kena serang histeria, alat muzik lama punya pasal

Jawi panggil Ira Kazar, buat gangguan rumah tangga orang

Terkini: Peguam utama tarik diri bela Najib

CATEGORIES