Gadis cantik iklankan diri sendiri cari jodoh, “tak sangka dapat 2,000 permohonan”

Gadis cantik iklankan diri sendiri cari jodoh, "tak sangka dapat 2,000 permohonan"

Gadis cantik iklankan diri sendiri cari jodoh, “tak sangka dapat 2,000 permohonan” Di Twitter, seorang gadis yang dikenali sebagai Faye membantu rakannya untuk mencari jodoh.

Menurut Faye, rakannya iaitu Syafiqah Ghazali sudah bersedia untuk menjadi isteri dan tidak kisah untuk menamatkan zaman bujangnya pada tahun ini.

ssalamualaikum! My bestie is looking for someone yang serious (ready to settle down). If Allah izinkan, by this year. But if next year pun okay (that’s what she said). If berminat boleh isi form ni.

Menerusi tweet yang dimuat naik, Faye turut memberitahu mengenai kelebihan yang terdapat pada rakannya itu. Ujar Faye, Syafiqah seorang yang pandai memasak, bermain alat muzik serta rajin melancong.

Gadis cantik iklankan diri sendiri cari jodoh, "tak sangka dapat 2,000 permohonan"

Bukan itu sahaja, rakannya itu pandai menyanyi dan ‘rap’ dalam bahasa Perancis. Bagi kaum adam yang mahu menjadi teman hidup Syafiqah, mereka perlu mengisi borang yang telah disediakan.

2 jam dapat 511 respons

Siapa sangka, tweet tersebut telah mendapat sambutan di luar jangkaan. Tidak sampai 2 jam, Syafiqah telah menerima 511 borang permohonan. Lebih mengejutkan, permohonan tersebut semakin meningkat dari masa ke semasa. Ujar Syafiqah, dia perlu mengambil sedikit masa untuk membaca kesemua permohonan yang telah dihantar kepadanya.

BACA:

Tengok misi selamba pergi sarapan, wanita dedah kena ‘sidai’ 30 minit

Kecoh Tangmo hidup semula, akaun FB tiba-tiba aktif cerita kejadian sebenar

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)