FTTIS : Walaupun pengumuman Khairy agak lewat, namun tetap disambut baik

FTTIS : Walaupun pengumuman Khairy agak lewat, namun tetap disambut baik.Walaupun agak terlewat, langkah diambil Kementerian Kesihatan untuk melaksanakan Sistem FTTIS (Find – Kenalpasti, Test – Uji, Trace – kesan, Isolate – Kuarantin dan Support – Sokong) bagi mengawal penularan wabak Covid-19 sebagaimana diumum Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin semalam disambut baik masyarakat awam khasnya rakyat negeri Selangor.

Ini kerana Kerajaan Negeri Selangor telah lebih awal menyahut tuntutan World Health Organization, WHO melaksanakan Sistem FTTIS melalui applikasi SELANGKAH dan terbukti telah banyak membantu kerajaan mengawal penularan wabak Covid-19, khususnya di negeri ini. Sementara itu Pasukan Petugas Covid-19 Selangor (STFC19) yang terdiri dari pakar-pakar perubatan berkaitan telah lama mendesak, memberi nasihat dan advokasi agar Kementerian Kesihatan memberi keutamaan pelaksanaan FTTIS dengan kadar segara.

Data dan maklumat diperolehi FTTIS sangat berguna untuk mengenalpasti dan mengawal penularan wabak secara bersasar dan berkesan. Ia juga membolehkan kerajaan Negeri Selangor melaksanakan program pemberian vaksin secara menyeluruh melalui Program Vaksinasi Selangor (SELVAX) kepada rakyat negeri ini yang mempunyai penduduk teramai seterusnya membantu kerajaan persekutuan mencapai sasaran imuniti kelompok dengan kadar segera.

Walaupun

Pakatan Harapan Selangor berharap agar Sistem FTTIS yang akan dilaksana oleh Kementerian Kesihatan bukan sahaja akan dapat mempastikan kadar kes baharu Covid-19 terus menurun, malah dapat mempastikan bibit-bibit kes dan kluster baharu dikesan lebih awal agar sokongan wajar dapat diberikan, seterusnya memberi perlindungan maksima penularan wabak secara meluas.

Secara psikologi pula, pelaksanaan Sistem FTTIS juga akan mengurangkan tekanan mental dan kebimbangan orang ramai. Seterusnya ia boleh memberi keyakinan kepada orang ramai yang telah mula keluar bekerja dan berniaga, merentas negeri untuk berziarah dan melancung, serta mengunjungi tempat tumpuan awam setelah Perintah Kawalan Pergerakan PKP dilonggarkan baru-baru ini.

Azli Yusof
Pengarah Penerangan Pakatan Harapan Selangor
Timbalan Pengerusi Amanah Selangor
Sumber:

BACA: Pulau Batu Puteh : Umno usah perbodohkan rakyat