Fosil ikan paus berkaki empat ditemui

Fosil

Fosil ikan paus berkaki empat ditemui.Para saintis menemukan fosil ikan paus berkaki empat dan dipercayai merupakan haiwan amfibia di Mesir.

Penemuan itu menunjukkan fosil tersebut dari kumpulan paus yang sudah pupus ketika proses evolusi haiwan itu dari hidupan di darat ke laut yang dikenali sebagai Protocetidae.

Fosil haiwan unik tersebut ditemukan di celah batuan Eocene di kawasan yang dinamakan Fayum Depression di sebuah gurun barat Mesir yang sebelum ini dipercayai merupakan lautan.

Fosil yang dinamakan Phiomicetus anubis itu dianggarkan mempunyai badan sepanjang tiga meter dan berat 600 kilogram.

Fosil

Ketua pengkaji, Abdullah Gohar dari Pusat Palaentologi Vertebrata di Universiti Mansoura (MUVP) berkata, paus berkaki empat itu berkemungkinan berasal dari Afrika.

“Phiomecetus anubis merupakan kunci kepada spesies ikan paus dan merupakan penemuan penting untuk Mesir serta MUPV.

“Di sebalik penemuan fosil tersebut, evolusi paus di Afrika masih lagi misteri dan para saintis akan terus mengkaji bagaimana haiwan amfibia itu boleh bertukar sepenuhnya menjadi haiwan akuatik,” katanya.

Berita Penuh : https://www.utusan.com.my/luar-negara/2021/08/saintis-mesir-temukan-fosil-paus-berkaki-empat/

BACA: Wan Fayhsal salahkan pembangkang tak henti berpolitik hingga PPN hilang fokus

COMMENTS

Wordpress (0)