#FoodForHero buat frontliners di Sabah


Di saat kita berasa selamat di rumah bersama keluarga, mereka bertugas di luar, berhadapan dengan ancaman wabak dalam keadaan yang kurang perlindungan.

Inisiatif #FoodForHero ini merupakan langkah membantu petugas barisan hadapan ini mendapatkan makanan agar dapat menjalankan tugas dengan baik di Negeri Sabah.



Projek sumbangan ini bermula sejak 19 Mac 2020 apabila salah seorang petugas kesihatan di Hospital Queen Elizebeth memberitahu tim.sukarelawan WINS bahawa mereka bertugas 17 jam tanpa henti sehingga kadang-kadang tidak sempat menjamah makanan. Projek ini telah berlangsung masuk hari kelapan.

Projek ini bermula dengan usaha membantu petugas kesihatan di Bahagian Kecemasan, Hospital Queen Elizebeth dengan membekalkan food pack makan tengahari, makan malam, roti, biskut dan minuman kotak.

Seterusnya, projek ini dapat diperluaskan dengan membantu Petugas Kesihatan di Klinik Kesihatan Luyang, Pusat Kesihatan Kawasan Tuaran dan Hospital Lahad Datu, Sabah.

Edaran Roti yang disediakan oleh syarikat Euro Bakery serta minuman kotak juga dapat diagihkan kepada pasukan keselamatan dari kalangan ATM, JPJ dan PDRM yang bertugas sekitar daerah Tuaran dan Kota Kinabalu. Restoren BTC Bistro Luyang juga membantu menyediakan makanan kepada para petugas kesihatan Klinik Kesihatan Luyang.

Salah seorang Petugas Kesihatan Klinik Kesihatan Kawasan Tuaran, En Norisyam mengucapkan terima kasih kepada NGO Wanita Impian Sabah. Menurutnya “NGO WINS merupakan penyumbang tunggal yang menyediakan sumbangan makan tengah hari kepada petugas Pejabat Kesihatan Kawasan Tuaran”.

Pengerusi NGO Persatuan Wanita Impian Negeri Sabah (WINS), Puan Mahira Bahar mengucapkan jutaan terima kasih kepada para penyumbang yang budiman.

Projek seterusnya akan diteruskan adalah projek membantu keluarga yang terputus bekalan makanan di Negeri Sabah di atas nama projek #FamilySurvivalKitForSabah

Sumbangan anda masih diperlukan. Kita mahu terus membantu seramai mana orang yang memerlukan sepanjang ujian covid-19 ini.

Sumbangan wang tunai boleh disalurkan ke akaun Maybank (Persatuan Wanita Impian Negeri Sabah) 5602 3212 9229 (Ref : FamilyKit)

Sebarang pertanyaan, hubungi: 013-544 9691 (Mahira) 019-870 1907 (Masrah)

Update projek di Facebook WINS :
http://tiny.cc/WanitaImpian

COMMENTS

Wordpress (0)